RM25 juta Barang Kes Dilarikan Tiga Pegawai SPRM?

PETALING JAYA: Banyak yang perlu diperbaiki terhadap institusi keadilan negara, kata seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, selepas tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman atas dakwaan mencuri barang kes dalam siasatan membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Puad Zarkashi menegaskan Ahli Dewan Rakyat wajar menuntut ketelusan SPRM dalam menjalankan fungsinya, namun hairan reformasi institusi terhadap agensi berkenaan tiada dalam butiran memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai antara kerajaan persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH).

“Banyak perkara perlu dibaiki terhadap institusi keadilan negara. Umno sendiri kemuka writ saman terhadap polis kerana mendakwa RM40.3 juta duit parti yang disita telah hilang.

“MP (Ahli Parlimen) wajar menuntut ketelusan SPRM. Tetapi dalam MoU kerajaan-PH reformasi institusi terhadap SPRM tidak ada dalam senarai. Kenapa?” soalnya dalam catatan di Facebook.

Puad juga hairan mengapa penahanan pegawai SPRM itu tidak dihebahkan kepada umum dan hanya dimaklumkan selepas tempoh reman tamat.

“Memang pelik, SPRM keluar kenyataan media, tiga pegawai kanannya direman hanya setelah tempoh reman pada 14-19 Sept tamat.

“Dalam tempoh tersebut tiada berita dan tiada gambar mengenai penahanan mereka, apatah lagi punca mereka direman. Kalau pesalah lain pasti gambar baju oren bergari akan tersiar,” katanya.

Justeru beliau mendakwa kemungkinan wujud elemen “cover up” oleh suruhanjaya berkenaan.

“Apakah ada ‘cover up’. Apatah lagi duit curi sepatutnya PDRM yang siasat bukan siasatan dalaman oleh SPRM. Persoalannya apakah SPRM selamat?,” katanya lapor FMT

Sementara itu Harian Metro melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan berita berkenaan di media sosial, yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman.

"Setakat ini, polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan berlaku kecurian barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta), milik seorang individu yang pernah disiasat,

Terdahulu, tular laporan di sebuah blog tempatan mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman enam hari bermula 14 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kecurian wang tunai milik seorang individu yang disiasat kerana menyalah gunakan kuasa dan penyelewengan dana pada 2018.

Wang tunai itu didakwa dirampas oleh SPRM di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Individu disiasat terbabit dikatakan sudah dilepas tanpa bebas oleh mahkamah dan mahu menuntut semula wang tunai dirampas namun mendapati ia adalah wang palsu.

Penulis blog itu mendakwa individu itu membuat satu laporan polis.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post