Setelah Dicuri SPRM Siasat Jika Ada Barang Kes Lain Dicuri

AGENSI antirasuah menyiasat sekiranya terdapat kecurian bahan bukti dalam kes lain yang sedang disiasat atau dibicara seperti melibatkan kes Hasanah Abdul Hamid, kata sumber.

Pegawai kanan agensi itu memberitahu The Malaysian Insight, siasatan itu dijalankan kerana imej agensi tersebut terjejas teruk dengan kecurian bahan bukti kes Hasanah.

“Meskipun kes ini terpencil tetapi ia sudah menjejaskan imej agensi antirasuah ini secara keseluruhan,” kata sumber.

Beliau turut mengesahkan pegawai tersebut termasuk penyiasat dalam kes Hasanah, yang merupakan ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

“Tiga pegawai itu termasuk seorang daripadanya adalah pegawai siasatan kes ketua jabatan itu. Disebabkan itu dia mempunyai akses kepada barang kes dalam sitaan,” katanya.

Menurut sumber lagi, tiga pegawai itu termasuk seorang penguasa kanan, seorang penguasa dan ketua penolong penguasa kanan banyak terbabit dalam siasatan kes termasuk yang berprofil tinggi.

“Ini termasuk kes di Sabah dan beberapa kes GLC di Kuala Lumpur yang masih dalam perbicaraan selain beberapa kes rasuah biasa yang dalam siasatan.”

Jelasnya, siasatan tertumpu kepada penguasa kanan berkenaan kerana pegawai itu antara individu bertanggungjawab menyimpan barang sitaan sesuatu kes yang disiasat.

“Namun semua barang sitaan sudah diambil alih serta merta daripada akses mereka.

“Tiga pegawai itu juga sudah diminta mengisytiharkan harta masing-masing termasuk ahli keluarga terdekat bagi mengesan sekiranya ada kemewahan luar biasa,” katanya.

Sumber mengesahkan SPRM menyita sebuah rumah di Lembah Klang, dua buah kereta jenis Mercedes Benz dan Honda Civic Type R serta dua motosikal jenis Ducati.

Pada Khamis minggu lalu, polis turut mengesahkan menahan salah seorang daripada tiga individu terrsebut ditahan untuk siasatan kes memiliki dadah berbahaya, senjata api serta peluru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, dua kertas siasatan dibuka berhubung tangkapan itu.

Ia dikaitkan dengan kes Hasanah yang dituduh di mahkamah pada 2018 atas dakwaan melakukan pecah amanah membabitkan duit RM50.4 juta milik kerajaan.

Beliau bagaimanapun dilepaskan tanpa dibebaskan oleh mahkamah pada April lalu.

Sebaik dibebaskan, Hasanah mendakwa wang berjumlah AS$6 juta (RM25 juta) miliknya hilang dan digantikan dengan wang palsu. Beliau membuat aduan tidak rasmi mengenai kes itu.

SPRM seterusnya pada 20 September mengesahkan tiga pegawainya ditahan dan telah direman enam hari berkaitan kecurian barang kes itu.

Suruhanjaya itu juga menegaskan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah dan akan bertindak sewajarnya.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin pula meminta polis mempercepatkan siasatan kes, selain bersetuju ia diklasifikasi sebagai kes curi lapor The Malaysian Insight

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post