Setelah Terowong, Pulau Pinang Nak Bina Jambatan Ke-3 Pula?

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan membina sebuah jambatan sebagai link ketiga yang bakal menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar bagi menggantikan terowong dasar laut.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, sebarang pertimbangan berhubung pembinaan jambatan itu hanya akan dilakukan setelah kajian kebolehlaksanaan dibentangkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri.

Jelas beliau, ketika ini, kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan oleh kontraktor Consortium Zenith Construction (CZC) adalah untuk projek terowong bawah dasar laut sahaja dan bukannya untuk jambatan.

“Berkenaan dengan cadangan menggantikan terowong dasar laut dengan jambatan, Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan membina jambatan sebagai link ketiga namun ia belum lagi dipertimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung status projek terowong dasar laut, Kon Yeow berkata, status kajian kebolehlaksanaan berkaitan projek itu telah siap dan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri sebaik segala ulasan daripada agensi teknikal termasuk agensi-agensi Persekutuan diterima

“Sudah banyak kali penjelasan diberikan oleh Kerajaan Negeri mengenai perincian projek yang telah dianugerahkan melalui tender terbuka pada tahun 2012, namun masih lagi berlaku banyak penyelewengan fakta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Sekali lagi saya mahu jelaskan bahawa kos bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci bagi keempat-empat pakej tersebut (tiga lebuh raya dan terowong bawah dasar laut) adalah berjumlah RM305 juta. Namun, hanya RM208 juta yang telah dibayar melalui kaedah ‘exchange land’ CZC bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci untuk tiga lebuh raya sahaja.

“Tiada bayaran dibuat bagi terowong bawah dasar laut kerana kajian kebolehlaksanaannya belum lagi diterima serta diluluskan oleh Kerajaan Negeri,” tegas Kon Yeow lapor MalaysiaGazette

Untuk apa sebenarnya nak dibina Jambatan Ke-3 itu sedangkan aliran trafik di jambatan kedua masih rendah?

jambatan kedua yang menghubungkan Batu Maung dan Batu Kawan kurang digunakan dan jambatan tersebut dilaporkan hanya mencatatkan 40 peratus daripada jumlah trafik..

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post