Tidak Kira PH Atau BN, Kedua-duanya Teruk..

 


PETALING JAYA: Muak dan bosan dengan suasana politik di Malaysia menyebabkan seorang perunding pengurusan, Muhamad Johan Jabez John Millason dan beberapa rakannya berniat melakukan “perubahan” dan ia bermula dengan platform Twitter.

Dia tidak pernah terfikir untuk menyuarakan buah fikirannya di media sosial dan sebelum ini hanya menyatakan pandangan peribadinya dalam kalangan rakan sahaja.

Bagaimanapun, dia percaya sudah tiba masanya untuk berbuat demikian sebagai persediaan menyertai pilihan raya umum akan datang disebabkan terlalu kecewa dengan kerajaan dan pembangkang.

Kekecewaan itu sebenarnya telah lama dipendam sebelum mereka mengambil keputusan itu.

Bagi Johan dan sekumpulan rakan, mereka tidak melihat fungsi yang dimainkan oleh setiap parti politik yang membawa ideologi masing-masing, terutama di tempat tinggalnya di Lembah Klang.

Ketika ini, kawasan Parlimen itu dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) namun sebelum 2008 ia berada dipegang oleh Barisan Nasional (BN) namun Johan mendakwa, kedua-duanya gagal menangani masalah rakyat di situ.

Kemudiannya, dia dan rakan mengambil keputusan untuk memulakan sebuah pergerakan sebagai alternatif kepada PH dan BN.

“Kami akan menjadi kuasa ketiga yang benar-benar mewakili rakyat. Kami mahu memberi fokus terhadap perubahan sebenar tanpa terikat kepada mana-mana parti politik atau retorik,” kata bapa tiga anak itu kepada FMT.

Rakan memilihnya sebagai calon utama untuk bertanding, iaitu sesuatu yang tidak pernah difikirkan mereka.

Johan yang berusia 36 tahun adalah seorang lagi individu yang ingin mencipta “gangguan” dalam arus perdana politik.

Bulan lalu, FMT melaporkan mengenai “Pangkah Burung”, sebuah pergerakan yang bertujuan melakukan “gangguan” dalam arena politik negara dan mencetus perubahan terhadap amalan demokrasi dengan menggalakkan lebih ramai calon bebas bertanding dalam pilihanraya umum.

Pada 31 Ogos, seorang penulis blog Syed Akbar Ali memulakan kempen mendapatkan pengundi untuk memecahkan undi dengan tujuan membentuk sebuah kerajaan minoriti.

Bagi Johan, ia amat penting untuk melihat kehadiran lebih ramai calon bebas yang bertanding kelak dan “sejarah akan berulang” sambil merujuk kepada calon yang akan diletakkan di bawah parti politik masing-masing.

Katanya, mereka yang bernaung di bawah parti politik begitu terikat dengan pendirian parti mereka.

“Jadi, mereka sama ada kekal berdiam diri atau “disenyapkan”.

Berbeza dengan calon bebas katanya, mereka akan lebih berteraskan misi selain menegaskan bahawa demokrasi tanpa menyebelahi mana-mana pihak adalah “masa depan” negara.

Johan juga percaya dia tidak bersendirian dalam perjuangan itu, selain sedar mengenai kehadiran kelompok yang berfikiran seperti dirinya yang sama ada ingin bertanding sebagai calon bebas atau menyokong calon terbabit dalam pilihan raya nanti.

“Mereka berada di seluruh negara. Jika undian dibuat, lebih ramai akan menyatakan pendirian mereka untuk menyokong calon bebas.”

1 تعليقات

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau akta lompat parti mampu diwartakan, mereka yg menang atas calon bebas pru15 akan cenderung kpd siapa?

    Penghujungnya akan berlaku urusan nego dgn angka yg lumayan utk memenuhi jumlah parti yg majoriti.
    Akhirnya calon2 bebas akan dpt habuan lumayan. Cukuplah berkhidmat selama 5 tahun jadi mp boneka.

    Sejarah dah pernah berlaku. Slps pru14 parti saka tua minoriti dlm ph.Mp umno dikatakan diugut dgn dikenakan tuduhan menerima wang 1mdb.Yg melompat peluk saka tua dilepaskan semua jenis pertuduhan. Yg ingkar kekal dikenakan pertuduhan.
    Begitu mudah manusia menyalahgunakan kuasa dan mahkamah demi kepentingan peribadi dan legasi yg kaya raya.
    Ntahlah...umur dah cukup senja. Anak2 dan waris dah kaya raya dengan mendadak. Proksi dan kroni juga kaya raya. Semuanya hasil kuasa politik yg sebelumnya. Adakah ingin diteruskan disebabkan ketagihan? Atau tiada lagi keimanan kerana sanggup menyalahgunakan kuasa, melakukan fitnah, mengadu domba, penipuan, menyamun untuk kepentingan anak2, waris, proksi dan kroni?!

    Dah kaya raya. Nak bawa masuk kubur juga ker semua harta dunia tu?
    Giler....

    Negara kita tak akan ke mana2 selagi manusia munafik sebegini wujud memimpin negara. Dulu kita dimomok dgn dasar pengswastaan. Tujuan mengurangkan beban rakyat. Yg kaya anak, proksi dan kroni hasil pengswastaan. Rakyat pula dibeban dgn membayar kos penggunaan. Hebat penipuannya.

    Slps pru14...sekali lagi manusia sama memomokkan rakyat dgn negara telah bangkrap. Maka habis aset dan harta rakyat dilelong dan dibeli oleh juak2 sial. Sampai ada pembelinya tidak diumum dlm parlimen. Menangguk di air yg sengaja dikeruhkan dgn mencari laba keuntungan.

    Kita juga dimomokkan dgn semangat nasionalisme utk membeli dan mggunakan barangan tempatan. Slps pru14, kontrak petronas tidak diteruskan dan diganti dgn petron(ntah asal mana) hanya slps 3 bulan berkuasa.

    Perghhhh hebatnya mainan wayang saka tua dan konco2nya.

    Nilai dan sikap sebegini adakah ikhlas nak bantu rakyat?!!!!!
    Janji rakyat lagi kan dikencingnya dgn sindiran ia bukan kitab suci...hmmmm

    Mula2 covid19 melanda negara...pelancung2 negara wabak dialu2kan masuk melancung dgn visa percuma. Bukan seratus org tapi dikatakan lebih sejuta org. Rakyat yg risau diperli dan disindir coronapalatau.....hmmmmmm

    Pru15 nanti kalau ada yg masih nak sembah legasi kaya nie memang bangang!!!!!
    Tak heran kerana bab memfitnah,mengadu domba dan main wayang adalah bakat semulajadi dia.
    Semuanya demi kemewahan legasi kerana legasinya tak mampu berdikari tanpa kuasa politik. Rasanya rakyat tahu dan sedar kenapa gilanya dia dgn kuasa politik....hmmmmmm

    ردحذف

إرسال تعليق

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

أحدث أقدم