Ahli DAP Pulau Pinang Mula Berebut Kerusi?

GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy dijangka bertanding di kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan ahli lain berbangsa India dalam DAP dikatakan sudah mula berebut-rebut untuk mengambil alih tempatnya.

Terdapat dua pihak yang bersaing – satu pihak yang bersama dengan Ramasamy dan satu lagi dipimpin pendatang baharu yang bercita-cita tinggi. Sumber dalaman DAP yang memberi maklumat kepada FMT tidak mahu menamakan pendatang baharu ini.

Sekutu Ramasamy terdiri daripada Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai P David Marshel dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy.

Marshel mungkin berdepan masalah undang-undang setelah seorang individu membuat akuan berkanun (SD) bahawa beliau terlibat dalam serangan bersenjatakan parang terhadap Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang Ramachandran Muthiah pada Julai.

Marshel menafikan tuduhan itu dengan berkata, ia bermotif politik dan individu dalam partinya sendiri cuba menganiayanya.

Tuduhan dan penafian yang berlaku menunjukkan DAP Pulau Pinang berada dalam keadaan berpecah-belah dan garis pemisah antara dua pihak itu tampak jelas.

Ramasamy dan sekutunya juga sebelum ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri mengedarkan komputer murah kepada sekolah Tamil. Mereka membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.

Kata Ramasamy, 500 komputer riba dibeli untuk sekolah tersebut dengan harga RM425 setiap satu dan dengan kos keseluruhan RM212,500, iaitu lebih tinggi berbanding peruntukan asal.

Orang dalam DAP berkata, tuduhan itu mungkin dirancang oleh pendatang baharu terbabit yang cuba meraih pencalonan bagi kerusi DUN pada PRU.

Katanya lagi, pendatang baharu itu turut merekrut beberapa individu lain yang mempunyai isu dengan Ramasamy dan dua rakan sekutunya.

“Beliau berjaya mengumpulkan individu lain yang turut tidak sebulu dengan generasi pemimpin India dalam DAP Pulau Pinang sekarang. Antaranya adalah individu yang tidak dilanjutkan penggal sebagai ahli majlis.”

Seorang lagi orang dalam DAP berkata, Marshell menjadi sasaran kerana beliau dijangka dicalonkan sebagai ADUN pada pilihan raya akan datang.

“Tuduhan ini nampaknya seperti percubaan untuk mencemarkan nama baik (Marshel),” kata sumber itu.

“Memandangkan beliau popular dalam kalangan masyarakat India menerusi aktivismenya dan menjadi Ahli Majlis Seberang Perai selama lapan tahun, ini mungkin percubaan untuk memusnahkan cita-citanya menjadi wakil rakyat.”

Seorang lagi ahli parti berkata, dalang di sebalik masalah itu adalah individu yang bercita-cita menggantikan Ramasamy sebagai salah seorang Timbalan Ketua Menteri.

Ini juga adalah usaha untuk menyingkirkan kumpulan pemimpin India sedia ada kerana mereka tidak mahu turut dengan kepimpinan majoriti, katanya lapor FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post