Anak Mohamad Sabu Bebas Sabitan Salah Guna Dadah

Anak bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam hari ini dibebaskan daripada sabitan kes dadah.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan rayuan lelaki berusia 33 tahun itu untuk membatalkan keputusan bersalah dan hukuman penjara lapan bulan berhubung kes penyalahgunaan dadah.

Peguam tertuduh Nasar Khan hari ini mengesahkan bahawa hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuan itu.

“Rayuan dibenarkan,” kata peguam itu ketika dihubungi selepas prosiding. Beliau juga mengesahkan bahawa keputusan Sequerah hari ini membatalkan sabitan serta hukuman penjara.

Pada 24 Jun tahun lepas, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendapati Ahmad Saiful bersalah atas kesalahan itu, dan menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan.

Ahmad Saiful didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 2.05 pagi pada 5 Jan tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah rendah memerintahkan Ahmad Saiful menjalani hukuman penjara mulai 24 Jun tahun lepas. Bagaimanapun, ia membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara, sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk tertuduh, hadir ke kandang saksi semasa perbicaraan bermula 15 Okt 2019.

Pada 19 Jun 2019, media melaporkan Ahmad Saiful didakwa enam hari sebelum itu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil dadah itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun ~ MalaysiaKIni

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post