PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob meningkatkan kedudukan pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadikannya setara dengan menteri, kata Anthony Loke.
Penyelaras ketua whip Pakatan Harapan (PH) dan ahli Parlimen Seremban itu berkata dalam catatan di Facebook yang Ismail Sabri memberikan surat kepada Anwar untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang sebelum mesyuarat jawatankuasa pemimpin kedua Memorandum Persefahaman Transformasi dan Politik (MoU) di Parlimen semalam.
Loke berkata mesyuarat jawatankuasa diadakan pada Isnin setiap dua minggu.
“Mesyuarat membincangkan perkembangan pelaksanaan agenda-agenda pembaharuan yang dipersetujui bersama. Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen yang akan datang,” katanya.
Loke berkata mesyuarat itu akan memupuk budaya politik baharu di Malaysia.
“Walaupun ada perbezaan politik di antara parti, kita tetap boleh duduk bersama untuk berbincang dan mencari titik persamaan demi kepentingan negara,” katanya.
MOU bipartisan ditandatangani pada 13 September di Parlimen.
Disaksikan oleh Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim, Ismail menandatangani bagi pihak kerajaan sementara Presiden PKR Anwar, Pengerusi Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu Wilfred Madius Tangau mewakili PH ~ The Malaysian Insight
Anwar Kini Bertaraf Menteri, Dekat Dah Nak Jadi Perdana Menteri Tu..
byAnak Sungai Derhaka
-
3
Kebodohan ketara anwar suatu ketika dulu antara lain ialah suka serkap jarang.
ReplyDeleteMenuduh org lain tanpa bukti kukuh dan lebih kepada persepsi buruk dan andaian kosong.
Dlm keadaan dunia dan maklumat hanya di hujung jari kebodohan tersebut haruslah dibuang jauh2 utk mengangkat kembali reputasinya. Sekadar sembang tanpa isi dan perancangan munasabah menunjukkan kebodohan sendiri.
Belum lagi terpalit dgn skandal seks luar tabie yg turut menjatuhkan reputasi pak sheikh nya.
Jadi dgn jawatan ketua pembangkang bertaraf menteri tunjukkanlah kewibawaan sebagai ketua pembangkang yg profesional. Keluarkan fakta dan perancangan yg baik demi rakyat. Bukan auta yg menunjukkan siakap senohong gelama ikan duri..bercakap bohong lama2 memcuri. Itulah kelemahan ketara anwar selama ini. Hebat menuduh org lain tetapi bukti dan fakta....kosong.Sekadar sembang kosong demi mengangkat diri kononnya hebat.
Jadi anwar tak perlu menyalahkan org lain sepenuhnya mahupun rakyat bila dah tak popular. Kebodohannya sendiri yg menghancurkan reputasinya sendiri. Org lain sembang dgn fakta dan bukti serta meyakinkan rakyat. Tak perlu hebat berhujah tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak semua org boleh dianggap kebodohannya sama tahap kebodohannya dgn diri kita.
Contoh paling ketara ialah tun m. Hebat berhujah hal rasuah dan salahguna kuasa seolah2 dia maksum dan suci dari perkara tersebut. Tetapi kekayaan anak-anaknya secara mendadak dan salahlaku dlm pentadbiran terdahulu telah menjatuhkan reputasinya.Rakyat dah tahu bagaimana beliau mengangkat kekayaan anak-anaknya. Sekarang bila beliau sembang hal rasuah...rakyat dah mencebek mulut. Cuma hebatnya beliau tetap gigih sembang hal rasuah walaupun rakyat dah nyata meluat.
Perubahan perlu dilakukan. Pembangkang perlu lebih profesional dan berkredibiliti. Bukan sekadar meroyan bangun menyampuk macam manusia tak bertamadun atau sembang roti john dgn mat saleh.
This comment has been removed by the author.
DeleteUntuk mengenal siapa Anon Okt. 12 at 1:22 PM hanya melalui dua baris seperti di bawah :-
Delete1. Belum lagi terpalit dgn skandal seks luar tabie yg turut menjatuhkan reputasi pak sheikh nya.
2. Contoh paling ketara ialah tun m. Hebat berhujah hal rasuah dan salahguna kuasa seolah2 dia maksum dan suci dari perkara tersebut. Tetapi kekayaan anak-anaknya secara mendadak dan salahlaku dlm pentadbiran terdahulu telah menjatuhkan reputasinya.
DSAI apa bila pembangkang telah mencapai taraf menteri sudah pasti gaji dan elaun juga bertaraf menteri. Saya yakin DSAI tidak akan makan se orang diri. Kalau beliau terlupa inilah diingatkan, gunalah wang lebih tersebut sebagai dana pejabat dan pentadbiran untuk PH. PRU15 telah dekat, kami doakan DSAI akan meningkat lagi sehingga menjadi PM. Abaikan segala tuduhan tidak berasas dan biarkan mereka hidup berterusan dengan menanggong dosa fitnah.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!