Anwar Tolak Kemudahan Bertaraf Menteri

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menolak faedah dan kemudahan bertaraf menteri termasuk gaji dan elaun bulanan.


Anwar dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebooknya berkata sebaliknya, dana itu akan didermakan kepada tabung rakyat miskin.

“Saya juga telah tegaskan kepada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambah baik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti mana-mana negara demokratik lain.

“Seperti yang dinyatakan perdana menteri dalam surat kepada saya, keputusan ini tidak menjejaskan peranan ketua pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala,” katanya.

Beliau berkata aspek semak imbang akan terus diperhebat ~ MalaysiaNow

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post