DAP Tolak Pengkianat Sebagai Calon PRN Melaka

MELAKA: DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH). !--Composite Start-->

“Ada yang tanya dan saya dengan tegas menyatakan DAP tolak sama sekali bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon dalam PRN negeri akan datang.

“Saya tidak mahu sebut (alasan), tidak perlu pergi pada asal usulnya semua pun tahu, DAP tetap tidak terima dia sebagai calon dalam PRN negeri,” katanya dalam sidang media di pejabat DAP Melaka, di sini hari ini.

Norhizam yang sebelum ini menang pada Pilihan Raya Umum (PRU)14 lalu atas tiket DAP mengumumkan menjadi calon Bebas sekaligus memberi sokongan kepada UMNO untuk membentuk gabungan kerajaan baru di negeri itu pada Mac tahun lalu.

Beliau yang juga bekas Exco Pertanian, Keusahawanan dan Industri Asas Tani sekali lagi membuat langkah sama apabila bersama tiga lagi bekas ADUN mendakwa hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga hilang majoriti. !--Composite Start-->

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga bekas Menteri kewangan itu berkata, PH komited unuk memastikan mandat rakyat dikembalikan pada PRN ini dan kekal menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka.

“PH menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri dan saya harap tidak ada apa-apa kesangsian tentang perkara ini.

“Ini bukan hanya daripada DAP sahaja tetapi parti komponen yang lain kerana Adly menjalankan tugas yang baik,” tambahnya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November.

Ia susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam lapor AstroAwani

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post