Guan Eng Punca Projek NFC Gagal Dimuktamadkan, Najib Kata

 


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyebabkan projek National Feedlot Center (NFC) gagal dimuktamadkan, dakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, ada pembeli baharu dikatakan mempunyai kekuatan kewangan dan pelan menyeluruh mahu membeli NFC namun Guan Eng tidak meluluskan permohonan tersebut.

“Sebaliknya, mereka (Pakatan Harapan) mengambil tindakan untuk meneruskan saman sivil untuk menuntut syarikat NFC untuk membayar balik seluruh pinjaman itu.

“Tindakan ini boleh dianggap pelik jika niat dan keutamaan ialah untuk mendapat balik dana tersebut dan menjayakan projek,” katanya menerusi catatan di Facebook beliau.

Tambahnya, meskipun bukan beliau yang meluluskan pinjaman RM250 juta kepada syarikat tersebut namun namanya sering dikaitkan dengan isu tersebut dan menjadi propaganda utama PH selama sembilan tahun.

“Perlu ingat bahawa ini ialah pinjaman RM250 juta. Ini bukan geran percuma ataupun projek mencurigakan seperti bayaran RM305 juta untuk membuat laporan terowong Pulau Pinang.

“Selepas diberi pinjaman itu, syarikat NFC mengalami kesukaran untuk meneruskan projek pada garis masa yang ditetapkan kerana ada beberapa projek infrastruktur sokongan yang merupakan tanggungjawab Kementerian Pertanian telah lambat dibina.

“Walaupun projek mereka telah diperlambatkan, syarikat NFC masih perlu menanggung kos faedah ke atas pinjaman itu,” ujarnya.

Katanya lagi, syarikat itu kemudiannya menggunakan sebahagian dana tersebut untuk pelaburan lain yang tiada kaitan dengan projek NFC untuk mendapat pulangan, bagi membayar faedah pinjaman.

“Bagaimanapun, ini dipercayai telah melanggar syarat-syarat pinjaman.

“Dengan itu, pemilik NFC didakwa di dalam mahkamah semasa saya PM tetapi akhirnya, mahkamah mendapati mereka tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Astro AWANI sebelum ini melaporkan NFC akan memanggil empat lagi saksi dalam perbicaraan kes saman Kerajaan Malaysia terhadapnya yang menuntut syarikat itu membayar balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Peguam Chong Kah Yee, yang mewakili NFC, ketika dihubungi berkata saksi defendan iaitu pakar juruaudit Andrew Heng telah selesai memberi keterangan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Anand Ponnudurai pada 17 Mac lepas ~ AstroAwani

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Enemy at the gate Part 8 : Pandora Papers dan ‘Singapura jadi lubuk penyangak penyamun dan pencuri menyimpan duit luar negara’.

    Ramai terlepas pandang kes ‘Pandora Papers’ ada kaitan dengan kekayaanb Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin dan anak-anaknya di luar negara.

    “Tanpa pendedahan itu, rakyat tidak tahu anak Daim jutawan sejak umur sembilan dan 12 tahun. Rakyat tahu kekayaan anak Tun M (Tun Mahathir Mohamd). Kalau anak orang lain, mesti meletop panas.

    Dari 'ultra' jadi barua Lee Kwan Yew@DAP. Bila berhadapan dengan Sungapura barua Lee Kwan Yew@DAP ini begitu lunak melayani karenah Singapura. Hingga Pulau timbul tenggelam pun di serah pada anak Lee Kwan Yew pula..!!

    Rupa rupanya pendedahan Kertas Pandora inilah caranya Singapura mengugut anjing dan barua mereka patuh pada karenah Singapura.

    “Najib (Datuk Seri Najib Razak) bukan jutawan. Tetapi dikorek sampai ke lubang cacing. Bahkan dimalukan. Aset disita dan diviralkan.

    Cubaan dibuat untuk kaitkan kotak kotak itu dengan 1MDB adalah satu umpan yang mudah manipulasi sentimen rakyat marhaen.

    Pendedahan tersebut juga membawa kepada satu rahsia besar di mana Singapura dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan duit di luar negara. Pandora Papers Dakwa 10 Rakyat Malaysia Simpan Kekayaan Di Sungapura.

    Syarikat milik Daim adalah syarikat pelaburan atau syarikat pengurusan hartanah, dengan hartanah berkenaan memperoleh pendapatan sewa dan dibeli melalui pinjaman daripada bank Barclays di Knightsbridge, London.

    Dalam Pandora Papers sahaja, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya GPP25 juta (kira-kira RM141 juta).

    Singapura adalah lima negara teratas di dunia yang menyalurkan dana ke negara-negara dengan rejim cukai rendah (atau bahkan tidak ada sama sekali) seperti Luxembourg, Cyprus dan Jersey serta Caribbean seperti Kepulauan British Virgin, Bermuda dan Bahamas. Celaka lah talibarut dan barua Singapura.

    Pandora Papers juga mendedahkan bsgaimana aktiviti Orang Kaya di Indonesia Memanipulasi Pajak dan menyembunyikan kekayaan mereka di Singapura.

    Darah perlu dibalas darah maka kejahatan perlu dibalas dengan cara yang lebih berhemah. Elok lah Langkawi atau Labuan dijadikan hub rejim cukai rendah seluruh dunia bagi menyaingi aktiviti cukai di Singapura.

    #CelakalahSingapura

    ReplyDelete
  2. Ah Wah Selayang (017-2218183) said...” mca Gombak” Yip Kum Fook and his groups (Two police, Yap Kok Hwee, Low Kok Meng, and the others) came and rejected all the Buddhist monks at Buddhist Temple(Samnak Sambodhi), 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong...all monks must leave from Temple because Yip Kum Fook used police and Gangster to disturbed all the monks...Many people get angry with YIP KUM FOOK


    Now many Buddhist people don’t like MCA because Yip Kum Fook created dirty for Buddhists and MCA. Hope MCA members and Buddhist people to care of human-like Yip Kum Fook, if you would like to know more information, please contact Ah Wah(Selayang)

    ReplyDelete
  3. To all Buddhist devotees ...
    YIP KUM FOOK(LAWYER) drove the monks out of the temple or SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    he used gangsters to drive the monks away and also called the police to harass the monks in the temple and YIP KUM FOOK(LAWYER) disrespected the Buddha and the monks

    Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER) menghalau para bhikkhu keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir para bhikkhu itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu para bhikkhu di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan para bhikkhu
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post