Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Langgar SOP

BARISAN Nasional (BN) dikenakan kompaun bagi kesalahan melanggar kawalan pandemik ekoran perhimpunan diadakan parti itu pada malam tadi bagi melancarkan jentera pilihan rayanya.

Menurut Kementerian Kesihatan, kompaun RM10,000 itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kepong ke atas parti tersebut kerana gagal memastikan penjarakan fizikal dalam perhimpunan berkenaan.

Perbuatan itu melanggar ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), menurut kementerian dalam kenyataan di pelantar media sosialnya.

“Pejabat Kesihatan Kepong mengeluarkan kompaun di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional malam ini kerana melanggar SOP Fasa 4 PPN bagi penganjuran majlis sosial.”

Perhimpunan itu melanggar Peraturan 16(1)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, menurut kementerian.

Gambar disertakan menunjukkan dokumen tawaran kompaun itu yang menyatakan kesalahan tersebut dilakukan di Dewan Tun Hussein Onn di bangunan menempatkan ibu pejabat parti tersebut.



  Ia ekoran aduan yang timbul selepas tular gambar dan video menunjukkan hadirin bersesak-sesak tanpa penjarakan fizikal di acara tersebut.

Aktiviti bersesak-sesak itu ditunjukkan berlaku sewaktu menyambut ketibaan presiden Umno yang juga pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Acara tersebut bagi melancarkan jentera pilihan raya parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November.

Aduan antara lain dibangkitkan pemimpin parti Muda yang mendakwa kementerian mengamalkan pilih kasih kerana mengenakan kompaun ke atas mereka tapi berdiam diri dalam kes BN.

Seorang ahli parti itu semalam dikompaun RM4,000 oleh polis kerana didakwa melanggar kawalan pandemik ketika sidang media yang diadakan di Melaka.

Perkara itu dipersoalkan Muda kerana mereka mematuhi semua prosedur ditetapkan semasa sidang media berkenaan.

Muda turut mempersoalkan sama ada kerajaan juga akan bertindak ke atas bekas perdana menteri Najib Razak yang turut mengadakan siri perhimpunan di Melaka pada Ahad lalu.

Pada hari sama, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan larangan untuk sebarang aktiviti, perarakan atau perhimpunan sosial berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

Katanya, larangan akan berkuatkuasa mulai 25 Oktober hingga 27 November ~ The Malaysian Insight

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Terlebih ajar...
    Dah ada contoh dalam era pandemik dan akan ke endemik...
    Sop kena patuh...
    Tunjuklah sikit teladan baik kpd rakyat!!!

    ReplyDelete
  2. Tak ambil pengajaran drp PRN Sabah. Bila kes covid naik mendadak nanti dia akan tuduh rakyat tak ikut sop. Oi pak mail dan kj, knp kamu biarkan ia berlaku? Kamu akan bertanggungjawab. Takut pd najib ka? Najib akan mengulangi sejarah pru14 menyebabkan Umno-bn tewas pru akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak belajar lagi.Patuh lah sop.Nak tunggu keluarga terdekat mati baru sedar.Ini mentaliti tak akan belaku kpd saya. Dua dose pun tak garanti tak bawa virus kpd orang lain yg lemah immuniti atau diri sendiri

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post