Pandora Papers: Zahid Harap Anwar Tak Buruk Sangka

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan wang pelaburan di China, yang dikaitkan dengan akaun pesisir di British Virgin Island (BVI), seperti didedahkan dalam Pandora Papers, telah dibawa pulang ke tanah air.

Malah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pinjaman yang dibuat untuk pelaburan itu juga telah dibayar kepada institut kewangan yang terbabit.

"Namun, syarikat telah ditutup kerana kita telah memperolehi semula pelaburan yang dibuat di China, dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham," katanya di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Pandora Papers adalah dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir.

Menurut pendedahan itu, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Ia termasuk Ahmad Zahid yang didakwa bertindak sebagai ejen firma bernama BVI.

Breedon ditubuhkan pada September 1996 dengan Ahmad Zahid sebagai pengarah, sebelum namanya ditukar kepada Rising Resources (BVI) Ltd pada November tahun itu.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menegaskan bahawa ketika itu, beliau masih belum terlibat dalam arena politik, dan bukan bergelar Ahli Parlimen.

"Sila rujuk handsard (Penyata Rasmi) saya, dan saya harap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan-rakan, jangan ada buruk sangka terhadap saya.

"Ini kerana, saya tidak melarikan cukai, malah wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jika ada ketika itu," ujarnya lagi.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai berapa lama Ahmad Zahid akan berada di Jerman untuk rawatan masalah slip disc, beliau berkata, mahkamah membenarkan untuk beliau mendapatkan semula pasport dari 26 Oktober hingga 21 November ini.

"Maka ketika pengundian bajet (Belanjawan 2022), saya minta maaf, saya tak dapat bersama tetapi yakinlah jiwa saya terus menyokong bajet yang akan dibentangkan," katanya ~ AstroAwani

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Anwar kata peluang dia utk jadi pm mgkin terbantut dgn pendedahan kertas pandora. Makk aiiii.....

    Inilah kenyataan bodoh yg harus anwar ketepikan. Rakyat akan menjadi lebih bosan dgn sikap tanpa pendirian dan kredibiliti sebegini.

    Atas sebab apa anwar kata dia tidak berpeluang jadi pm dgn pendedahan kertas pandora. Alasan kerana pendedahan nama2 besar boleh membantut peluangnya....hmmmmm

    Bodoh...
    Berikan bukti lengkap dan nyata dan rujuk kpd sumber sahih. Rakyat akan lebih menghargai dan percaya dgn kredibilitinya jika benar berbanding cerita berkotak-kotak bahan bukti yg dimain 20 tahun yg lalu.
    Kaedah dan taktik lama tu dah bosan digunakan sekarang. Kalau digunakan kaedah lama memang sah berlaku kecelaruan minda dan tanggapan rakyat akan bertambah negatif.

    ReplyDelete
  2. Ah Wah Selayang (017-2218183) said...” mca Gombak” Yip Kum Fook and his groups (Two police, Yap Kok Hwee, Low Kok Meng, and the others) came and rejected all the Buddhist monks at Buddhist Temple(Samnak Sambodhi), 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong...all monks must leave from Temple because Yip Kum Fook used police and Gangster to disturbed all the monks...Many people get angry with YIP KUM FOOK


    Now many Buddhist people don’t like MCA because Yip Kum Fook created dirty for Buddhists and MCA. Hope MCA members and Buddhist people to care of human-like Yip Kum Fook, if you would like to know more information, please contact Ah Wah(Selayang)

    ReplyDelete
  3. To all Buddhist devotees ...
    YIP KUM FOOK(LAWYER) drove the monks out of the temple or SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    he used gangsters to drive the monks away and also called the police to harass the monks in the temple and YIP KUM FOOK(LAWYER) disrespected the Buddha and the monks

    Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER) menghalau para bhikkhu keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir para bhikkhu itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu para bhikkhu di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan para bhikkhu
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post