Peja Nafi Telah Berkahwin Dengan Erra

IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan beliau merupakan ahli politik yang dikaitkan dengan khabar angin telah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira.

“Saya confirmkan (sahkan) – tidak betul,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi pesanan di aplikasi WhatsApp.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin itu.

“Cerita ini dah keluar dari zaman saya menteri besar lagi,” katanya.

Nama Erra kembali tular selepas didakwa telah berkahwin dengan seorang ahli politik yang juga menteri.

Desas-desus tersebut dibangkitkan seorang pengguna yang mendakwa pelakon jelita itu kini bergelar isteri kedua menteri berkenaan.

Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum bercerai pada 2006.

Dia kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007. Mereka dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya, 12.

Erra beberapa tahun lalu juga pernah mengakui rapat dengan penyanyi, Shahir namun hubungan mereka berakhir pada 2019. – UTUSAN ONLINE

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post