Pengaruh Drama Korea Antara Punca Remaja Bunuh Diri - Senator PAS

 


Kuala Lumpur: Pengaruh drama Korea (K-Drama) menjadi salah satu faktor kecenderungan bunuh diri dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja di negara ini.

Perkara itu dibangkitkan Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan kes bunuh diri dalam kalangan remaja di negara ini adalah kerana terdorong dengan pengaruh drama Korea.

Ini kerana, katanya, ada drama Korea itu mempunyai elemen bunuh diri apabila gagal dalam hidup.

"Setuju atau tidak, maknanya bila gagal... bunuh diri, gagal... bunuh diri.

"Adakah kerana mereka terlalu terpengaruh dengan drama Korea ini," katanya ketika mencelah perbahasan Fadhlina Sidek.

Sementara itu, Fadhlina berkata, beliau bersetuju dengan pandangan berkenaan kerana banyak faktor yang menyebabkan golongan bawah umur membunuh diri.

Katanya, media memainkan peranan penting untuk melaporkan kejadian bunuh diri secara beretika.

"Cara media melaporkan pemberitaan bunuh diri adalah sangat penting," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan perlindungan sosial yang penting untuk golongan bawah umur ini kerana mereka berada dalam golongan umur rentan.

Dalam pada itu, Fadhlina turut mencadangkan pengenalan Pelan Tindakan Gender Negara yang boleh menjadi mekanisme tatacara kerja yang lebih efektif.

"Ini bermakna kesaksamaan ini adalah proses evolusi termasuk dalam konteks substantif, memahami episod diskriminasi dan keadilan sosial yang mengambil kira faktor waqi' (setempat) budaya dan agama.

"Ia membawa kepada kepentingan membentangkan Bajet Responsif Gender yang menjadi tekad Pelan Tindakan Gender Negara.

"Seluruh segmen masyarakat harus disediakan dengan kefahaman gender yang berteraskan kepada keadilan sosial dan hak asasi dalam masyarakat khususnya dalam memahami isu keganasan berasaskan gender dalam penghapusan diskriminasi gender," katanya lapor Harian Metro

Untuk rekod, sehingga Julai lalu Korea Selatan menduduki tangga teratas kedudukan bunuh diri dalam kalangan Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Sejak kebelakangan ini pula, beberapa selebriti dan personaliti media sosial negara itu mencabut nyawa sendiri disebabkan beberapa alasan termasuk kemurungan, menjadi mangsa buli siber dan tekanan hidup.

Pada 20 Sept lalu Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 1,426 kes bunuh diri dilaporkan di negara ini untuk tempoh dua setengah tahun atau antara 1 Jan 2019 hingga 31 Julai 2021.

Dengan kadar itu, secara purata ada kira-kira 1.86 kes bunuh diri setiap hari.

Menurut kerajaan, motif utama kes bunuh diri adalah, 27.99 peratus disebabkan kemurungan, diikuti masalah kewangan (15.87 peratus).

Sebahagian besar (1,358 orang) dari mereka yang membunuh diri berusia 19 hingga 40 tahun.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tindakan kerajaan menyah jenayah bunuh diri adalah langkah pertama dalam usaha meningkatkan kesihatan mental penduduk di negara ini.

Sekiranya anda berasa tertekan atau ingin bunuh diri, atau mengenali seseorang yang berada dalam masalah sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih Hotline : 15999

Befrienders Hotline: 03-76272929

Pusat Kaunseling Agape Malaysia Hotline: 03-77855955 atau 03-77810800

Life Line Association Malaysia Hotline: 03-42657995

2 تعليقات

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ah Wah Selayang (017-2218183) said...” mca Gombak” Yip Kum Fook and his groups (Two police, Yap Kok Hwee, Low Kok Meng, and the others) came and rejected all the Buddhist monks at Buddhist Temple(Samnak Sambodhi), 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong...all monks must leave from Temple because Yip Kum Fook used police and Gangster to disturbed all the monks...Many people get angry with YIP KUM FOOK


    Now many Buddhist people don’t like MCA because Yip Kum Fook created dirty for Buddhists and MCA. Hope MCA members and Buddhist people to care of human-like Yip Kum Fook, if you would like to know more information, please contact Ah Wah(Selayang)

    ردحذف
  2. To all Buddhist devotees ...
    YIP KUM FOOK(LAWYER) drove the monks out of the temple or SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    he used gangsters to drive the monks away and also called the police to harass the monks in the temple and YIP KUM FOOK(LAWYER) disrespected the Buddha and the monks

    Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER) menghalau para bhikkhu keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir para bhikkhu itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu para bhikkhu di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan para bhikkhu
    Thanks
    Ng, Kepong

    ردحذف

إرسال تعليق

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

أحدث أقدم