Pulau Batu Putih: Dah Hilang Baru Nak Sembang?

PUTRAJAYA: Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata Dr Mahathir membuat keputusan itu, beberapa hari sebelum kes itu dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 Jun 2018.

"Pulau itu sudah hilang untuk selama-lamanya, terima kasih kepada Tun Mahathir. Dia yang buat keputusan untuk menarik balik kes beberapa hari sebelum tarikh bicara di Mahkamah Antarabangsa (ICJ).

"Masa itu saya diarah bercuti sebagai Peguam Negara," katanya kepada BH.

Sebelum ini dilaporkan, Mohamed Apandi yang menjadi Peguam Negara dari 2015 hingga 2018, diarahkan bercuti beberapa hari selepas pentadbiran negara bertukar susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang memihak Pakatan Harapan pada 9 Mei 2018.

Ditanya mengenai kedaulatan perairan di pulau berkenaan yang dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura, Mohamed Apandi berkata, apabila ICJ memutuskan pada 2008 bahawa Pulau Batu Puteh menjadi hak negara itu ia juga membabitkan perairan pulau itu.

"Sayang seribu kali sayang. Pulau itu begitu strategik dan kita hilang pulau itu begitu sahaja. Saya tidak dapat maafkan Dr Mahathir dalam perkara ini," katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan sumber industri maritim menggesa Malaysia mengemukakan bantahan terhadap tindakan terbaharu Singapura yang akan mula menambak tanah di sekitar pulau Batu Puteh atau Pedra Branca.

Sumber itu berkata, jika tiada bantahan dikemukakan ia akan menimbulkan isu kedaulatan negara lebih besar terutama membabitkan perairan di sekitar Pulau Batu Puteh, yang kini masih milik Malaysia.

Kata sumber itu, antara langkah yang sedang diambil republik itu adalah menuntut perairan sekitar Pulau Batu Puteh sejauh 12 batu nautika, sebagai miliknya.

"Sebenarnya status perairan sekitar Pulau Batu Puteh, iaitu Tubir Selatan (South Ledge) masih menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura," sumber itu dilaporkan berkata.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan pada 30 Jun tahun sama, memohon supaya mahkamah mentafsirkan penghakimannya berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Permohonan semakan itu difailkan berdasarkan penemuan baharu Malaysia melalui tiga dokumen penting, menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura, tidak pernah menganggap ia memperoleh kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh daripada Johor.

Dua daripada dokumen itu yang hanya boleh diakses kepada awam selepas ICJ memberikan penghakimannya, juga menunjukkan pegawai Tentera Laut British mengakui perairan di pulau terbabit adalah milik Johor ~ Berita Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa alasan para mangkuk tu sehingga sanggup menarik balik rayuan kes pulau batu puteh tu?!

    Sedangkan bukti terbaru dari arkib di uk menunjukkan pulau itu milik johor.

    Yang pelik penarikan dibuat pada masa sama pembatalan projek hsr keretapi laju ke singapura yg menyebabkan kita membayar pampasan secara percuma melebihi rm300juta. Hilang percuma wang rakyat.

    Baru2 ini mantan pm mengumum agar projek hsr dimulakan semula tetapi jajaran asal telah berubah.

    Dulu kata projek merugikan, jual kedaulatan...tetapi diteruskan dari klia dan johor sahaja. Apa motif?

    Khabar hangat mengatakan projek akan diambil alih oleh kroni kesayangan dgn kepentingan lebih menguntungkan legasi kaya raya.

    Bagi kami rakyat yg dah jelas nampak keupayaan projek asal selepas kegagalan kerajaan mangkuk menyatakakan keburukannya...minta agar projek asal diteruskan. Itupun kalau kerajaan singapura kembali bersetuju.Ya mereka telah untung berganda kerana menerima pampasan bodoh dari mangkuk bodoh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post