Saya Mungkin Takkan Jadi PM, Kata Anwar

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim reda dengan kemungkinan beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri, terutama selepas mengemukakan soalan berhubung “Kertas Pandora” yang mengaitkan beberapa pemimpin dahulu dan kini.

Ditanya radio ABC Australia sama ada beliau akan memegang jawatan itu suatu hari nanti, Ketua Pembangkang itu berkata, tindakannya membangkitkan isu Kertas Pandora pasti menyukarkan perkara itu, apabila ramai golongan berkuasa, termasuk elit politik dan konglomerat yang akan menentangnya.

“Saya tidak risaukan perkara itu. Saya cuma melakukan tugas saya, ‘que sera sera’ (apa yang hendak terjadi akan terjadi).

“Jika saya terus menjadi Ketua Pembangkang, baiklah. Jika (menjadi) Perdana Menteri, saya akan ucapkan syukur kepada Tuhan.”

Katanya, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengenai kebocoran maklumat itu petang semalam dan Naib Presiden Umno itu meminta pandangannya mengenai apakah yang boleh dilakukan berhubung isu itu.

“Saya kata beliau mesti melakukan siasatan penuh. Isu ini bukannya baharu. Pada 2012, saya telah membangkitkan mengenai laporan integriti kewangan global yang turut melibatkan ratusan bilion ringgit (luar pesisir). Kemudian pada 2015 pula ‘Kertas Panama’.”

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, disebabkan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mengatakan isu itu baharu, sebaliknya perlu segera melakukan siasatan.

Katanya, aktiviti rasuah di Malaysia tidak menunjukkan keadaan lebih baik, malah memetik skandal kes SPRM baru-baru ini melibatkan barang kes bernilai jutaan ringgit yang menyaksikan penangkapan tiga pegawai badan antirasuah itu.

“Tiada sesiapapun akan percaya mengenai pendirian antirasuah sehingga anda bersedia mengambil langkah tegas untuk mengukuhkan SPRM.” ~ FMT

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Memang sukar anwar nak jadi pm.
    Tapi perjuangan dia menentang nepotisme dan kronisme boleh diteruskan dengan bekerjasama dgn kerajaan yg tidak berkepentingan.

    Semua tahu siapa yg pernah berkuasa dan kaya raya waris, anak, proksi dan kroni mereka kerana rasuah dan salahguna kuasa.

    Boleh buat suruhanjaya khas dgn anwar sebagai pengerusi. Itu pun kalau sejarah hidup anwar lebih bersih dari mereka.

    ReplyDelete
  2. Umpama baju putih yang suci bersih tetapi ada tumbuh taik lalat yang sangat sukar untuk dihilangkan. Semasa dalam ABIM apa bila beliau berura-ura nak menyertai UMNO, pemimpin PAS telah menasihatinya, kalau nak membersihkan tong najis jangan masuk ke dalamnya sebab boleh dilakukan dari luar sahaja. Anon Okt 10, 2021 5:45PM "Itu pun kalau sejarah hidup anwar lebih bersih dari mereka" bagi saya sesuatu yang hampir mustahil(?) untuk menjumpai seorang yang sangat bersih dalam mana-mana parti politik di Malaysia pada masa ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post