Tian Chua Lebih Baik Diam Dan Disangka Bodoh, Daripada...

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia bimbang terhadap polemik menerima kemasukan 4 ADUN Melaka ke dalam Pakatan Harapan (PH) yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab berkata, penerimaan ADUN-ADUN berkenaan perlu difikirkan dari perspektif pengkhianatan yang pernah terjadi sehingga tumbangnya kerajaan PH Melaka pada tahun lalu.

Selain itu, beliau turut kurang senang dengan pendapat Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang mencadangkan PH berkerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

"Saya menyokong saranan beberapa pihak yang menegah PH daripada membuat kerjasama dengan mana-mana individu yang pernah bersekongkol dengan pengkhianatan dan telah menyebabkan tumbangnya Kerajaan PH di peringkat pusat dan beberapa negeri.

"Tragedi ini bukan semata-mata soal hilang kuasa, tapi PH dinafikan hak dan ruang untuk melaksanakan perubahan yang diimpikan oleh semua rakyat.

"Namun muncul pula idea Tian Chua mencadangkan KEADILAN perlu berkerjasama dengan mana-mana pihak yang boleh memberi kemenangan kepada PH dalam PRN yang akan berlangsung pada 20 November ini," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Syukri, PH yang menjadi mangsa paling teruk siri pengkhianatan Langkah Sheraton dan hilang Kerajaan Persekutuan serta 5 kerajaan negeri seharusnya menginsafi tidak banyak faedah sekiranya menerima sekutu daripada pihak yang tidak diyakini kesetiaannya.

"Selaku Naib Presiden KEADILAN, cadangan Tian itu tidak boleh dianggap remeh, dan sudah semestinya akan menjadi topik perbincangan umum. Namun apa yang rakyat perlu tahu ialah cadangan beliau adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian parti.

"Logik Tian ialah, sekiranya sesuatu kerjasama itu boleh menyebabkan PH menang, maka PH wajar melaksanakan kerjasama berkenaan. Logik Machiavelli seperti yang dianuti Tian bukanlah perkara baru.

"Berdasarkan logik ini asalkan kerjasama itu boleh membawa kemenangan maka kerjasama perlu dijayakan. Persoalan yang mungkin belum difikirkan Tian ialah, bagaimana pula jika kerjasama itu hanya membuka ruang untuk KEADILAN atau PH dikhianati lagi?" tanyanya.

Tegas Syukri, rakyat pasti akan kecewa dan marah sekiranya KEADILAN melakukan perkara yang menyebabkan harapan rakyat dikhianati berulang kali.

Politik PH, katanya, tidak boleh terlalu berkiblatkan kuasa dan kemenangan sehingga mengabaikan politik berteraskan nilai.

"Justeru dengan penuh hormat, selaku anggota KEADILAN yang jauh lebih muda daripada Tian saya memohon agar beliau tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merendahkan nilai KEADILAN di mata umum.

“Saya tidak berniat untuk menafikan hak Tian Chua untuk bersuara, tetapi memetik katanya Lincoln, better to remain silent and be thought as a fool than speak out and remove all doubt atau dalam bahasa Melayunya bermaksud, lebih baik berdiam dan disangka bodoh, daripada bercakap yang akhirnya mengesahkan kebodohan,” katanya.

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Beri peluang pada golongan muda. Kaji umur persaraan pada 55 tahun. Rancangan Malaysia ke 12 dan cadangan bajet 2022 pada 29 Oktober 2021.

    Kerajaan perlu perhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu. Bayaran pencen makin membebankan dan meningkat setiap tahun - Ismail Sabri

    “Kerajaan sedang memperhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu Perkhidmatan Awam bagi memastikan skim baharu ini akan mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan dalam jangka masa panjang dan pada masa yang sama memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjamin,”kata Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia

    Mengurangkan tempoh usia ke 55 persaraan wajib kerajaan boleh menjimatkan urusan perbelanjaan wang persaraan pekerja.

    Bayaran pencen makin meningkat, kerajaan sedang perhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu. Kerajaan menganggarkan pembayaran pencen akan mencecah RM46.6 billion pada tahun 2030.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran pencen pada tahun lalu adalah sebanyak RM26.38 bilion sementara bayaran pencen pada 2010 adalah sebanyak RM9.88 bilion.

    Smail Sabri memberitahu, jumlah keseluruhan pembayaran perbelanjaan berserta faedah persaraan itu meliputi pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.

    Pelaksanaan semula cukai GST mampu menyasarkan ‘ekonomi gelap’ yang bersaiz RM300 bilion setahun yang sebelum ini 'terlepas daripada membayar' apa-apa cukai oleh penyangak, penyamun serta kartel dan kroni tertentu boleh membantu meringankan beban kewangan negara.

    GST telah menyebabkan ‘the black economy’ menguncup daripada 25% kepada 10%. Ini adalah ketirisan yang lebih teruk sebelum GST, dan sebab itu GST memberi manfaat kepada negara dan rakyat.

    Sekiranya 'black ekonomi' ini ditangani kerajaan boleh munafat kan untuk menghapuskan tol tol di seluruh negara. Syarikat milik kroni kroni yang berselindung disebalik perniagaan tol tol membebankan rakyat boleh dihapuskan.

    Mengisi konsep ‘Keluarga Malaysia’. ‘Orang kaya wajar kena cukai lebih tinggi’. Penyangak dan penyamun kartel kartel serta kroni tertentu tentu tidak terlepas dari cukai bila GST dilaksanakan.

    “Unjuran pembayaran pencen untuk tahun 2030 adalah dianggarkan berjumlah RM46.6 billion.

    Persediaan golongan muda mengisi kekosongan jawatan sektor awam dan swasta. Banyak perusahaan sudah ditutup, kadar pengangguran naik mendadak, gaji minimum RM1,200 sebulan pun masih tak tercapai dilakanakan.

    Kerajaan perlu segera tangani pekerja kontrak dan masa untuk dikaji semula umur persaraan wajib pada 55 tahun.

    Tuntutan pelantikan tetap bagi semua pekerja kesihatan barisan hadapan, termasuklah doktor kontrak. SPA diminta kembalikan umur persaraan wajib kepada 55 - 56 tahun.

    ReplyDelete
  2. Tiang chua bukan sengaja diam...
    Dia tengah cari idea utk recycle cerita 1mdb dan gst utk modal pru15..

    ReplyDelete
  3. To all Buddhist devotees ...

    YIP KUM FOOK(LAWYER) drove the monks out of the temple or SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur

    he used gangsters to drive the monks away and also called the police to harass the monks in the temple and YIP KUM FOOK(LAWYER) disrespected the Buddha and the monks



    Kepada semua penganut Buddha ...

    YIP KUM FOOK (LAWYER) menghalau para bhikkhu keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur

    Dia menggunakan samseng untuk mengusir para bhikkhu itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu para bhikkhu di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan para bhikkhu

    Thanks

    Ng, Kepong

    ReplyDelete
  4. Sedih bila jajaran asal keretapi laju hsr dari kl/singapore dibatalkan. Sebagai penduduk yang menetap di singapore dan warganegara singapore sendiri turut terkilan dengan pembatalan tersebut.
    Cadangan jajaran baru pula hanya ke jb tidak menguntungkan jangka masa panjang. Kata rakan warganegara singapore jika sampai jb nak angkut barang transit pula ke singapore amat menyusahkan.
    Semoga jajaran asal dapat dikekalkan demi menaikkan pembangunan dan ekonomi negara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post