Doktor Kontrak: Selepas Empat Tahun Lanjutan Kontrak, Apa Akan Jadi?

KUALA LUMPUR: Doktor-doktor lantikan kontrak dikatakan sudah menjangkakan Bajet 2022 yang dibentangkan kelmarin tidak memihak kepada mereka.

Kerajaan hanya tampil dengan penyelesaian bersifat jangka pendek seperti sebelumnya sekali gus menyebabkan status lantikan tetap kira-kira 23,000 doktor kontrak terus tergantung.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Syahidul Ammar Said, 30, mendakwa, sumbernya memberitahu, Kementerian Kewangan menolak usul Kementerian Kesihatan kerana lantikan doktor kontrak bukan keutamaan.

Walaupun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berusaha berunding dengan pihak terlibat untuk menyerap sekurang-kurangnya doktor kontrak lantikan 2017 dan 2018 tetapi ia tetap ditolak.

“Mungkin selama ini yang melawan Covid-19 separuh mati adalah orang lain bukannya kami sebab itu kerajaan merasakan kami bukan keutamaan. Apa yang berlaku jika kes jangkitan meningkat sekali lagi?

“Ramai antara kami yang sudah berhenti kerana merasakan tidak diberikan hak secara adil dan saksama. Malah, ramai yang sudah berhijrah menyambung kepakaran ke luar negara,” katanya ketika dihubungi semalam.

Senada dengan beliau, doktor kontrak dikenali sebagai Dr. Shazwan, 29, berkata, dia kecewa kerana sistem lantikan baharu lebih baik yang diumumkan kerajaan sebelum ini akan dilaksanakan namun hakikatnya ia tidak berlaku.

Katanya, tawaran kerajaan hanya berniat ‘melengahkan’ situasi dihadapi mereka yang mendorong kepada masalah lebih besar pada masa depan.

“Persoalannya ialah selepas empat tahun lanjutan kontrak tamat, apa yang akan berlaku?

“Siapa pula antara 3,000 doktor kontrak yang akan me­nyambung pengajian kepakaran nanti selain selebihnya tidak memperoleh peluang yang sama? Perkara ini perlu ada hitam dan putih tentang bagaimana ia akan dilaksanakan nanti,” katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022 kelmarin, kerajaan bersetuju meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan sejumlah RM100 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 pegawai perubatan dan pergigian kontrak.

Kerajaan juga bersetuju me­nyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan perubatan, pergigian dan farmasi selepas tempoh ­khidmat wajib selama dua tahun.

Bagaimanapun, pengumuman itu belum menjawab persoalan dan penantian semua doktor kontrak mengenai pelantikan mereka secara tetap .

Sementara itu, Dr. Sazali, 30, pula berkata, pihaknya belum ada perancangan untuk menjalankan mogok kali kedua di seluruh negara kerana ia bukan penyelesaian terbaik dalam jangka masa panjang.

“Kami sudah meminta usul berbincang lebih lanjut dengan Kementerian Kesihatan dan masih menunggu maklum balas,” katanya. -UTUSAN

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 親爱的佛教信士.
    佛教之地,都是要善伩修守戒律, 但令人痛心的是 Samnak Sambodhi Buddhist Association No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya 52100 Kepong Selangor, Malaysia.三宝寺却不以身作則。他们允许缅甸外劳庆祝佳日,隨心所意,在当地杀鱼.鸡. 猪.羊及飲洒作乐,醉身萝死耒污垢佛教神聖之地.至今 已引起居民的反感.

    針对以上的题,身为佛教伩徒,也是前任理事会成员,我 依佛礼的教海,据理力争。但孤学难呜,却被一手遮天,以商叶利益为重的马华公会,鹅嘜区会主席叶金福(Yip Kum Fook), 把我排除在外,其用意, 一目了然,想完全控(Yip Kum Fook)制甲洞帝沙再也,三宝寺耒达到私利賺钱.现在, 他应用外耒和尚主持三宝寺,其目的,也更清楚,因为外耒者不知内幕,不能久留,无杈过向.

    回顾10年前之事,由本地吉兰丹和尚仼壇主兼顾问之時, 此种现象,是不曾发生的,为何到了叶金福(Yip Kum Fook)的領导乏下,却帶耒如此違反佛教的文化?难怪,前仼壇主 也一声不言就远离了,必有其苦衷。

    为了佛教的遵严,我不忍看它沦落为醉身耒萝死之地, 让人耻笑,在此, 我只好通过现代的管道,泣声敬请,佛 教伩仰者及马耒西亜佛总能加以关注, 并给予该理事会劝导,尽速觧决此事,以免这种污点影响整体的佛教良好形象。

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post