Harap MB Kedah Tak Report Polis Kenyataan Mufti Penang Ni..

GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegur Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan serta menjaga imej sebagai pemimpin kerajaan negeri yang dihormati.

Teguran itu dibuat berikutan kenyataan Muhammad Sanusi mengaitkan judi ekor dengan Pulau Pinang yang dianggap sebagai sesuatu mendukacitakan dan tidak wajar.

Menurut Wan Salim, kenyataan Menteri Besar Kedah itu boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap institusi-institusi agama Islam di Pulau Pinang yang sentiasa berusaha memartabatkan kedudukan Islam di negeri berkenaan.

"Kita sedia maklum bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tiada raja atau sultan di Malaysia. Pulau Pinang termasuk dalam negeri yang segala urusan mengenai agama Islam terletak secara langsung di bawah Yang di-Pertuan Agong.

"Selaku seorang ‘abang’, suka saya menasihatkan Menteri Besar Kedah ini supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

"Beliau perlu menjaga imej jawatan disandangnya sebagai seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri yang dihormati, bukan sebagai pemimpin di peringkat kampung atau kawasan yang pengaruhnya agak terhad," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Isnin.

Wan Salim turut menasihatkan Muhammad Sanusi supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dengan pemimpin lain terutama negeri jiran, sebaliknya berusaha menjalin hubungan mesra dengan semua pihak.

Sementara itu, Wan Salim berkata, walaupun Pulau Pinang kini diperintah Pakatan Harapan (PH) menerusi gabungan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), namun kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan tetap terpelihara dan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri.

Sebagai contoh, katanya, bajet yang diperuntukkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi melaksanakan pelbagai program keislaman di negeri ini mencecah hampir RM70 juta sejak tahun 2008 lapor Sinar

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mungkin mufti ni tak perasan yang banyak bunyi bila MB kedah buat statement pasal arak dan judi dikedah tu ahli politik p.pinang. Kenapa mesti sibuk hal kedah. Bila dibalas dengan suruh beli kat p.pinang, kenapa mesti sentap pulak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post