Kekal Berpegang Pada Prinsip, DAP Tolak 'Katak' Sebagai Calon

DAP hari ini menyuarakan bantahannya terhadap keputusan PKR dan Amanah meneruskan lamaran kepada Idris Haron dan seorang lagi bekas Adun Umno menjelang pilihan raya negeri Melaka akan datang.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata jawatankuasa eksekutif pusat DAP malam tadi, memutuskan untuk menolak keempat-empat Adun kumpulan Idris, tetapi mendapati parti itu hanya berjaya meyakinkan rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menolak dua sahaja.

Ini susulan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi gabungan itu, berkata mereka masih mempertimbangkan untuk mencalonkan dua Adun kumpulan Idris pada pilihan raya Melaka.

Lim berkata DAP telah dikalahkan dalam perkara itu oleh PKR dan Amanah, serta terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan Pakatan Harapan (PH).

“Namun, ini tidak bermakna keputusan majoriti sebegitu sebelum ini adalah betul.

“DAP berharap akan ada kebijaksanaan dalam PH dan menggesa sekutu kami untuk memilih mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan oportunisme politik semata-mata.

"PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan nilai moral yang tinggi untuk membenarkan dua daripada empat Adun berkenaan bertanding sebagai calon PH pada pilihan raya umum negeri Melaka," kata Lim dalam satu kenyataan.

Pendirian DAP senada dengan kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang menuduh Amanah mengkhianati PH dengan menerima keempat-empat Adun berkenaan.

Pilihan raya mengejut Melaka dicetuskan bulan lalu susulan rampasan kuasa politik yang tidak berjaya terhadap kerajaan negeri pimpinan Umno, yang menyaksikan empat Adun prokerajaan menarik balik sokongan mereka kepada ketua menteri ketika itu Sulaiman Md Ali.

Selain Idris, tiga yang lain itu adalah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Pakatan pembangkang secara terang-terangan menolak Norhizam - yang pembelotan sebelum ini daripada DAP menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan PH.

Noor Effandi juga ditolak kerana pembelotan Bersatu daripada PH yang disertainya turut menyumbang kepada kejatuhan gabungan itu di negeri itu.

Bagaimanapun, Anwar menyokong Idris dan Nor Azman, atas alasan keempat-empat mereka itu hanya berpaling tadah selepas berunding dengan PH.

Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata PH harus "bergabung" dengan mana-mana pihak yang dianggap boleh membawa kemenangan kepada gabungan itu bagi mengembalikan mandat rakyat yang diperoleh pada 2018.

Bagaimanapun, Lim membantah dan langsung tidak bersetuju.

"Matlamat menghalalkan cara, terutamanya apabila komitmen mereka terhadap reformasi politik tulen yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara diragui," katanya ~ MalaysiaKini

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. 親爱的佛教信士.
    佛教之地,都是要善伩修守戒律, 但令人痛心的是 Samnak Sambodhi Buddhist Association No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya 52100 Kepong Selangor, Malaysia.三宝寺却不以身作則。他们允许缅甸外劳庆祝佳日,隨心所意,在当地杀鱼.鸡. 猪.羊及飲洒作乐,醉身萝死耒污垢佛教神聖之地.至今 已引起居民的反感.

    針对以上的题,身为佛教伩徒,也是前任理事会成员,我 依佛礼的教海,据理力争。但孤学难呜,却被一手遮天,以商叶利益为重的马华公会,鹅嘜区会主席叶金福(Yip Kum Fook), 把我排除在外,其用意, 一目了然,想完全控(Yip Kum Fook)制甲洞帝沙再也,三宝寺耒达到私利賺钱.现在, 他应用外耒和尚主持三宝寺,其目的,也更清楚,因为外耒者不知内幕,不能久留,无杈过向.

    回顾10年前之事,由本地吉兰丹和尚仼壇主兼顾问之時, 此种现象,是不曾发生的,为何到了叶金福(Yip Kum Fook)的領导乏下,却帶耒如此違反佛教的文化?难怪,前仼壇主 也一声不言就远离了,必有其苦衷。

    为了佛教的遵严,我不忍看它沦落为醉身耒萝死之地, 让人耻笑,在此, 我只好通过现代的管道,泣声敬请,佛 教伩仰者及马耒西亜佛总能加以关注, 并给予该理事会劝导,尽速觧决此事,以免这种污点影响整体的佛教良好形象。

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post