Kenapa Aku Kaya? - Rauf Dedahkan

 


MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menjawab persoalan mengenai kekayaan luar biasa yang harus dicontohi orang muda.

Katanya, beliau bukan baharu dalam bidang perniagaan sekali gus ia bukan suatu perkara pelik jika dirinya memiliki kemewahan luar biasa itu.

“Usia saya dah 60 tahun, saya bukan budak baru yang nak membina kejayaan, sudah pasti saya sudah memulakan perniagaan 40 tahun terdahulu. Sewaktu saya 20-an, saya sudah memulakan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan juga saya orang korporat.

“Saya pernah menjadi pegawai eksekutif yang tersenarai di bursa saham, saya pernah uruskan syarikat besar walaupun pada 1978, saya merupakan anak kampung yang diambil Mara (Majlis Amanah Rakyat) untuk masuk ke institut kemahiran di Kampung Pandan.

"Tetapi saya bangga walaupun pendidikan itu nampak rendah iaitu seorang yang ada sijil tahun 1978, tetapi saya berjaya buktikan kebolehan yang Allah bagi sehingga saya berjaya sehingga hari ini.

“Saya tidak perlu cakap kenapa saya berada di sini tetapi tanya bagaimana membina kehidupan ini dengan penuh usaha dan tekad seharusnya menjadi contoh kepada anak muda,” katanya dalam program Sembang Politik menerusi Facebook Utusan Online.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, beliau mempunyai syarikat bekalan minyak yang besar di Malaysia, malah telah menjadi tokoh korporat seawal usia 32 tahun.

“Saya menawarkan diri, belajarlah bagaimana untuk dapat mengecapi kejayaan, tidak semudah jalan pintas tapi banyak ruang yang diberi kerajaan. Saya cukup bangga ‘Rauf repair aircond (penghawa dingin)’ kerana itu pendidikan asas 40 tahun dulu. Kita anak kampung, anak petani jadi saya mesti kembali berbakti kepada mak ayah saya,” katanya ~ Utusan

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Denda RM40,000 palsukan tandatangan [METROTV]
    Kuala Lumpur: Seorang jurutera syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memalsukan tandatangan.
    Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
    Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu satu buku 'Structure Design Calculation' bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan struktur dan pelan struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Majlis Perbandaran Selayang daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook(penipu) iaitu pemilik tanah yang mana mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu antara 2 Ogos sehingga 12 Ogos 2014 di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, di sini.
    Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat.
    "Kesalahan ini adalah serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani," katanya.
    Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya hukuman denda dikenakan dan tidak dipenjara kerana mempunyai banyak tanggungan selain isteri seorang surirumah.
    "Saya tiada niat memperdayakan pihak Majlis Perbandaran Selayang dan hanya mencari pendapatan buat keluarga.
    "Ini kesalahan pertama saya dan saya menyesal serta insaf atas kesalahan dilakukan," katanya.
    Mengikut fakta kes, pada 2013, Datuk Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja, Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak.
    Bagaimanapun, penyediaan dokumen itu adalah tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
    Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
    Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip Kum Fook(penipu) atas pembayaran kerja dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu.
    Hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan dokumen 'Structure Design Calculation' adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post