Kenapa Zahid Kata Undi PN, Akan Menangkan PH?

MELAKA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada Sabtu ini ibarat memberi undi kepada Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Beliau membuat percaturan itu selepas PN diterajui BERSATU didakwa sebagai parti serpihan UMNO yang tidak mempunyai asas jitu di Melaka, termasuk dalam kalangan penyokong tegar.

"Mengundi PN tidak akan memenangkan PN di Melaka, sebaliknya setiap undi kepada mereka (PN) ibarat memberi satu undi kepada PH untuk berkuasa semula di Melaka.

"Itu sesuatu yang tidak mahu dilihat oleh majoriti rakyat Malaysia.

"Rakyat Melaka perlu memahami dengan jelas masa depan negeri itu bergantung kepada pentadbiran yang stabil demi kemakmuran dan kerajaan BN selama berpuluh tahun membawa falsafah itu tanpa gagal," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, pengundi atas pagar atau tidak berparti perlu memahami bahawa mengundi sebuah lagi parti bertanding iaitu PN tidak akan membawa kestabilan di Melaka.

Katanya, rakyat Melaka sudah menyaksikan sebuah kerajaan negeri tanpa kestabilan rebah begitu mudah pada 4 Oktober lalu berikutan komplot empat wakil rakyat negeri itu, termasuk seorang daripada BERSATU dan Bebas.

"Ironinya, dua daripada wakil rakyat itu kini bersama PH menjadi calon PRN Melaka, manakala seorang lagi terpaksa bertanding sebagai calon Bebas selepas tidak lagi diperlukan.

"Dalam erti kata lain, rakyat Melaka seharusnya boleh mencongak parti politik mana yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali," katanya.

Ahmad Zahid berkata, penduduk Melaka pernah diperdaya pada 9 Mei 2018 dan kesilapan itu tidak harus diulangi.

Katanya, seluruh rakyat Melaka perlu memahami bahawa Sabtu ini adalah peluang mereka mengembalikan kerajaan negeri yang kukuh dan stabil.

"Mengertilah fakta sejarah tidak sesekali boleh disanggah dan segala pembangunan sedia ada terlihat di Melaka selama ini adalah hasil sentuhan kerajaan BN.

"Melaka perlukan semangat dipandu kerajaan BN untuk kembali memastikan negeri itu dan rakyatnya dapat mengharungi masa depan yang pasti lebih mencabar.

"Jangan sesekali orang Melaka mensia-siakan peluang itu kerana peluang sama hanya hadir untuk tempoh yang lama selepas 20 November ini berakhir,

"Bukankah rakyat Melaka sudah merasai sejarah hitam 22 bulan pentadbiran kerajaan PH yang banyak menyusahkan hati dan jiwa raga mereka," katanya lapor Berita Harian

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Denda RM40,000 palsukan tandatangan [METROTV]
    Kuala Lumpur: Seorang jurutera syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memalsukan tandatangan.
    Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
    Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu satu buku 'Structure Design Calculation' bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan struktur dan pelan struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Majlis Perbandaran Selayang daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook(penipu) iaitu pemilik tanah yang mana mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu antara 2 Ogos sehingga 12 Ogos 2014 di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, di sini.
    Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat.
    "Kesalahan ini adalah serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani," katanya.
    Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya hukuman denda dikenakan dan tidak dipenjara kerana mempunyai banyak tanggungan selain isteri seorang surirumah.
    "Saya tiada niat memperdayakan pihak Majlis Perbandaran Selayang dan hanya mencari pendapatan buat keluarga.
    "Ini kesalahan pertama saya dan saya menyesal serta insaf atas kesalahan dilakukan," katanya.
    Mengikut fakta kes, pada 2013, Datuk Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja, Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak.
    Bagaimanapun, penyediaan dokumen itu adalah tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
    Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
    Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip Kum Fook(penipu) atas pembayaran kerja dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu.
    Hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan dokumen 'Structure Design Calculation' adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post