Macam Ni Saja Zahid Kempen?.. Macam Budak Sekolah!

MELAKA: Pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak perlu keliru dengan lambang warna biru 'yang kelihatan sama, tapi tidak serupa' digunakan dua parti politik dalam pilihan raya berkenaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan pengundi Melaka untuk memilih 'biru original (asli)' yang merujuk pada BN, berbanding terpedaya dengan 'biru tiruan', iaitu Perikatan Nasional (PN).

Beliau menegaskan pengundi juga perlu berhati-hati supaya tidak tersilap memilih 'harapan palsu', sebaliknya pengundi perlu bersandarkan pada parti yang sudah berjaya membuktikan kemampuan, khususnya di negeri itu.

"Rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 November 2021.

"Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti. Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan.

"Memilih warna biru parti politik mestilah atas manfaat jangka masa panjang yang jelas pernah telah terbukti," katanya menerusi Facebook, semalam.

Ahmad Zahid berkata, BN yang menampilkan 20 calon UMNO, tujuh MCA dan satu MIC dalam PRN Melaka, berhasrat mengembalikan perpaduan yang 'pernah dirampas daripada rakyat Malaysia' pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden UMNO itu juga berkata, BN juga mahu mengembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang disifatkan terus merudum sejak 9 Mei 2018.

"Maka, PRN Melaka adalah sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini di tangan rakyatnya," katanya ~ Berita Harian

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post