Suasana Pantai Siring di Serkam, Melaka kelihatan tenang dan nyaman.
Beberapa penduduk dan pelancong membawa keluarga mereka untuk bermandi-manda.
Tidak kurang juga mereka yang menikmati minum petang sambil menikmati pemandangan laut di gerai-gerai berhampiran pantai.
Para nelayan di sekitar pantai Serkam menghadapi beberapa masalah yang perlu diselesaikan.
Di Jeti Serkam, mereka meminta muara yang cetek didalamkan sedikit.
Selain itu, bumbung di tempat pendaratan ikan juga rosak akibat gangguan monyet liar.
Seorang nelayan juga mengadu mengenai kehadiran kapal-kapal tongkang yang menceroboh kawasan tangkapan mereka.
Semua itu perlu diberi perhatian oleh calon yang berjaya menggalas tanggungjawab sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam selepas 20 November ini.
Serkam merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi.
Ia disandang oleh Zaidi Attan yang akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Zaidi yang merupakan calon BN menyandang kerusi itu sejak 2013.
Namun kerusi itu mungkin bertukar tangan kali ini.
Seorang nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Rahim Abdullah berkata, wakil rakyat hendaklah berjumpa dan mendengar sendiri masalah rakyat.
“Ini tidak, dia (Zaidi) datang makan sahaja, tanya apa masalah pun tidak,” katanya ketika ditemui MalaysiaNow.
Katanya, ramai yang merungut dengan khidmat Adun BN itu jarang turun padang atau hanya mengarahkan pegawai menjadi wakil.
DUN Serkam menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaidi, Muhammad Khomeini Kamal (Pakatan Harapan), Ahmad Bilal Rahudin (Perikatan Nasional) dan Norazlanshah Hazali (Bebas).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Zaidi berjaya mendapatkan 6,401 undi, menewaskan Nor Khairi dari PKR dan Ahmad Bilal yang ketika itu calon PAS.
Bilal, seorang anak tempatan dan juga ketua Pemuda PN Melaka, akan bertanding kali kedua.
Beliau mengakui, tidak popular berbanding Zaidi namun populariti bukan menjadi satu-satunya pertaruhan anak muda itu.
Katanya, sekiranya terpilih, masalah banjir kilat dan muara cetek akan menjadi keutamaan beliau untuk diperjuangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
“Selepas PRU-14, saya masih turun ke lapangan bersama rakyat, lebih-lebih lagi dalam musim pandemik. Kita ada banyak memberikan sumbangan dan bantuan.
“Dari segi kebajikan memang saya dah lama bergelumang dengan rakyat,” katanya kepada MalaysiaNow.
Bilal menjangkakan undi Melayu akan terhayun kepada PN.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan parti itu mengakui sukar untuk memenangi kelapan-lapan kerusi yang ditandinginya dalam PRN kali ini.
Katanya, PAS hanya berkemungkinan menang kurang daripada enam kerusi DUN.
Mengulas kenyataan Amar berhubung peluang PAS menawan kerusi Serkam, Bilal berkata dia tidak meletakkan satu sasaran yang tinggi sebaliknya akan berusaha sebaik mungkin.
“Setakat ini kami masih bekerja. Peluang itu ada di DUN serkam,” katanya ringkas.
Bagi nelayan seperti Rahim, angin perubahan itu sememangnya ditunggu beliau dan rakan-rakan.
Setidaknya, perubahan tampuk pimpinan di DUN Serkam boleh memberi harapan kepada golongan nelayan untuk melihat masalah mereka diselesaikan.
Denda RM40,000 palsukan tandatangan [METROTV]
ReplyDeleteKuala Lumpur: Seorang jurutera syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memalsukan tandatangan.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu satu buku 'Structure Design Calculation' bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan struktur dan pelan struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Majlis Perbandaran Selayang daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook(penipu) iaitu pemilik tanah yang mana mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu antara 2 Ogos sehingga 12 Ogos 2014 di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, di sini.
Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat.
"Kesalahan ini adalah serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani," katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya hukuman denda dikenakan dan tidak dipenjara kerana mempunyai banyak tanggungan selain isteri seorang surirumah.
"Saya tiada niat memperdayakan pihak Majlis Perbandaran Selayang dan hanya mencari pendapatan buat keluarga.
"Ini kesalahan pertama saya dan saya menyesal serta insaf atas kesalahan dilakukan," katanya.
Mengikut fakta kes, pada 2013, Datuk Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja, Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak.
Bagaimanapun, penyediaan dokumen itu adalah tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip Kum Fook(penipu) atas pembayaran kerja dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu.
Hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan dokumen 'Structure Design Calculation' adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!