Najib Bebas Melilau Rata.. Apa Yang Tun M Tak Tahu Sebenarnya?

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta memahami terlebih dahulu Kanun Prosedur Jenayah sebelum membuat komen berhubung isu layanan berbeza pelaksanaan undang-undang antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, dalam tulisan The Rule of Law semalam, bekas Perdana Menteri itu mempersoal mengapa Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Beliau berkata, Dr. Mahathir sepatutnya tahu bahawa Najib tidak menjalani hukuman itu bukanlah semata-mata kerana beliau telah membuat rayuan.

Jelas beliau, Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah menyebut, ‘Penggantungan Pelaksanaan Sementara Menantikan Rayuan’ yang berbunyi:

“… mahkamah bawahan atau hakim boleh menangguhkan pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menantikan rayuan dengan syarat-syarat mengenai jaminan membayar wang atau melaksanakan atau tidak apa-apa perbuatan atau pengenaan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah bawahan atau hakim itu.”

“Berdasarkan kepada asas-asas yang diberikan di dalam permohonan peguam Najib inilah maka Hakim Datuk Mohd. Nazlan memberikan Penggantungan Pelaksanaan kepada beliau pada 28 Julai 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam tulisan itu, Dr. Mahathir mendakwa, apabila seseorang didapati bersalah, beliau bersalah sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan beliau tidak bersalah, tetapi Mahkamah Rayuan belum memutuskan bahawa Najib tidak bersalah.

Oleh itu, kata Dr. Mahathir, Najib bersalah dan perlu menjalani hukuman, tetapi Najib dilayan seperti orang tidak bersalah, tidak membayar denda atau dipenjara.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu kemudiann mempersoal atas asas apa keistimewaan itu diberikan kepada Najib bila ia tidak diberikan kepada Anwar atau mana-mana pesalah lain dan ia sangat jelas peraturan undang-undang tidak dikenakan sama rata antara mereka.

Kamarul Zaman berkata, situasi sama turut berlaku ke atas Anwar apabila dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Katanya, peguam Anwar juga memohon supaya beliau diberikan Penggantungan Pelaksanaan dan diterima oleh hakim.

“Maka Anwar juga boleh terus bebas walaupun setelah dijatuhkan hukuman dan hanya menjalani hukuman setelah hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

“Oleh itu, apa yang berbeza di dalam layanan terhadap Anwar dan Najibnya? Malah, bukan setakat mereka berdua, ramai lagi telah diberikan Penggantungan Pelaksanaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mangkuk yg suka gebang ttg rule of law tapi sendiri banyak kali melanggar dan salahguna kuasa demi anak, proksi dan kroni.
    Kalau ada generasi sekrg nak melihat model hipokrasi yg masih hidup...inilah dia.

    ReplyDelete
  2. prof kangkung yang terkedu apabila Tun M muncul dalam program sebelum bosskau jatuh gebang lebih jer....orang tua tuh kamu kutuk hebat mana pun ada kamu tengok dia lari tak cukup tanah bak nothing to hide bosskau??? Dah dekat 1 abad masih berfikiran waras dan perkara yang dia tak cukup tidur mengenangkan melayu-muslim begitu senang lendur tanpa hendak membaca dan mengerti rasuah, fakta, tipu dan temberang perlu di asingkan mengikut lumrah hidup sama rata manusia yang terhukum dan bersabit kesalahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasuah?
      Anak ko tak ada sebijik kapal tapi diberi tender eksport gas ke jepun. Tak pelik ker?

      3 bulan lps menang pru14, kontrak petronas ditamatkan dan diganti dgn petron. Siapa pemilik petron?
      Kenapa sembang lebih bab nasionalisme tapi tak teruskan kontrak petronas.
      Menjarah wang petronas boleh pulak...

      Delete
  3. Siapa nak percaya manusia kaki kencing macam atok tu?
    Skandal bmf forex pon ditutup kerana takut disiasat.
    Rayuan pulau batu puteh dihentikan walau ada bukti terkini.

    Kalau anak kaya dengan mendadak tanpa rasuah dan salahguna kuasa memang hebatlah mereka berniaga. Respek habis....
    Tapi banyak bukti dalam sosmed mengatakan sebaliknya....hmmmmm

    ReplyDelete
  4. dendam mahathir kpd najib sungguh dahsyat. urusan berkaitan mahkamah pun mahu dia nak overulled....nanti zeti secara terpaksa akan londeh mahathir di mahkamah...sama2 kita doa,,biar rakyat tahu siapa pm paling jahat ...

    ReplyDelete
  5. Rm700 juta masuk akaun. Hanya rm65juta diserahkan.
    Ramai yg tanya adakah pembatalan rayuan pulau batu puteh salah satu bentuk kawtim bersama kerajaan singapore dgn wang rm700juta?
    Cuma rumour di kalangan rakyat.....
    Bukannya apa bila tun m beriya-iya mempertahankan pembatalan rayuan pulau batu puteh saat akhir dengan mengatakan ia adalah muktamad sedangkan warta mahkamah icj adalah boleh dibuat rayuan jika ada bukti terkini.

    Makin menarik kes 1mdb nie.Jika rm700juta boleh masuk akaun mereka rasanya tak terkejut sangat jholow berkeupayaan sebab ada tangan-tangan ghaib berstatus vvip selain najib berada di belakangnya khasnya mantan gabenor bnm.
    Harap ada siasatan menyeluruh. Takkan najib jer yang dijadikan kambing hitam. Jholow dan para mastermind utama serta para vvvip dalam penyelewengan dibebaskan. Tak adilkan....

    ReplyDelete
  6. Patutlah mudah sangat jholow buat onar....ada bekap dari pihak atasan.
    Harap ada siasatan menyeluruh skandal 1mdb nie.
    #pdrm
    #sprm

    ReplyDelete
  7. Macam ada konspirasi peringkat tertinggi jer?!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post