Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya?

BEKAS perdana menteri Najib Razak mungkin masih boleh menarik orang ramai ke mana sahaja beliau pergi tetapi sukar untuk melihat hal ini diterjemahkan sebagai sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Melaka, kata pengundi dan pemerhati politik.


Namun begitu, usaha beliau berkempen untuk BN walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi, adalah pelaburan dalam usaha untuk kembali ke kepimpinan politik pada masa hadapan.

The Malaysian Insight bercakap kepada beberapa pengundi yang berkata walaupun Najib mungkin masih berpengaruh di kalangan orang Melayu, terdapat faktor lain juga, termasuk kebimbangan mengenai pandemik Covid-19 yang berterusan dan keletihan pengundi terhadap satu demi satu drama politik di peringkat nasional.

Peguam Cassian Anthony dari Bukit Beruang, percaya Najib masih mampu menjadi penarik orang ramai kerana beliau menyaksikan sendiri pada salah satu lawatan “Bossku” ke negeri itu, merujuk kepada nama gelaran yang diberikan oleh media sosial Najib kepadanya.

“Saya percaya walau apa pun yang dilakukan, beliau boleh menarik orang ramai dan saya menyaksikan ini secara langsung ketika beliau datang ke sini.

“Tetapi saya tidak pasti sama ada beliau boleh membawa orang keluar mengundi. Pengundi sudah letih dengan politik dan wabak,” kata peguam berusia 29 tahun itu.

Pemerhati politik berpandangan kejayaan Umno-BN dalam pilihan raya Melaka boleh membawa kepada Najib membuat kemunculan semula dalam kepimpinan parti, walaupun beliau didapati bersalah tahun lepas dalam kes rasuah membabitkan dana SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu sudah memfailkan rayuan.

Pada 22 Oktober, Najib memohon kepada mahkamah mendengar pertuduhan rasuah lain yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), untuk menangguhkan perjalanannya ke Singapura, dengan berkata beliau perlu mengawasi persiapan Umno untuk pilihan raya Melaka.

Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Umno pada 28 Oktober lepas berkata timbalan presiden parti Mohamad Hassan akan mengetuai persiapan pilihan raya.

BN akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka, dengan Umno mengambil 20, MCA tujuh, dan MIC satu. Penamaan calon berlangsung hari ini (Isnin) dan hari pengundian pada 20 November.

Walaupun Mohamad mengetuai parti itu dalam pilihan raya Melaka, Najib meneruskan kunjungan ke kerusi Umno pada 30 dan 31 Oktober, bertemu pengundi di gerai dan beramah mesra.

Hujung minggu lalu juga, melihat Najib melawat Sungai Rambai di daerah Jasin, Melaka, dan menyiarkan foto dirinya sedang makan di kafe dan bertemu orang ramai di Facebook.

Penganalisis politik Dr James Chin dari Profesor Pengajian Asia Universiti Tasmania, berkata Najib yang mengetuai Umno sehingga selepas parti itu kehilangan kuasa persekutuan pada pilihan raya umum 2018, masih merupakan jenama yang mempunyai pengikut yang kuat.

“Beliau dilihat sebagai sebahagian daripada kerajaan (kerana Umno adalah parti kerajaan) walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

“Pengaruhnya yang berterusan adalah kerana sebahagian daripada pengundi Melayu masih percaya beliau tidak bersalah,” tambah Chin.

“Sama ada mereka ini akan keluar mengundi atau tidak, kita tidak tahu lagi.

“Dan bagi mereka yang masih ingat skandal 1MDB (dan bagaimana Najib terlibat), pandemik Covid-19 kini menjadi kebimbangan yang lebih besar,” kata Chin.

Sementara itu, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata pengaruh Najib di Melaka hanya di kawasan tertentu dan di kalangan orang tertentu yang masih percaya beliau tidak bersalah dalam rasuah.

“Beliau popular di kalangan beberapa segmen pengundi Melayu, yang mudah tertipu dan mungkin mendapat sokongan di kalangan kumpulan ini.

“Najib cuba mencipta semula dirinya. Beliau kini cuba menjadi mangsa dan menuduh bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan salah.”

Walaupun orang ramai tidak melupakan skandal 1MDB, Tunku Mohar berkata proses mahkamah berkemungkinan terlalu rumit untuk difahami oleh kebanyakan orang, dan kerana itu, mereka sanggup mempercayai Najib walaupun berasa sangsi.

“Mereka akan berfikir memandangkan beliau masih boleh mempertahankan diri, biarkan mahkamah memutuskan kes itu.”

Anthony, peguam dari Bukit Beruang bersetuju Najib telah dapat memberi gambaran positif buat dirinya, walaupun dengan kes mahkamah dihadapi.

Beliau tidak memegang jawatan rasmi dalam Umno atau BN, selain menjadi penasihat gabungan itu dan ahli Parlimen Pekan, tetapi tahu bagaimana untuk terus menjadi tumpuan dengan lantang di media sosial mengenai dasar kerajaan dan kebajikan rakyat.

“Orang ramai agak dalam teka-teki sekarang kerana beliau dilihat bercakap mengenai isu rakyat. Sudah tentu, ada orang yang tidak melupakan skandal 1MDB.

“Tetapi, secara amnya, Najib sudah dapat memberi pandangan yang lebih baik untuk dirinya sendiri,” kata Anthony.

Pengurus acara Preshant Menon, 25, dari Melaka Tengah, juga bersetuju Najib mempunyai imej positif walaupun disabitkan kesalahan mahkamah.

“Saya rasa beliau kuat di sini. Mereka juga nampaknya beranggapan Najib adalah pemimpin yang lebih baik berbanding dahulu.

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sapa yg masih terpengaruh tu mmg bangang, lahabau lembu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai otak melayu islam masih bercelaru bos. Tak tahu benar dan salah....

      Delete
  2. Dari blog Jessy Gaygay blog barua Tun Mahathir... Dah pandai jadi batu api di PRN Melako..

    awal lawan Tun smpi lapor kat pulis bersama Lokman Adam kes 1MDB pasal Zety tak ambil tindakan duit masuk billion2 dlm akaun sedangkan Bank Negara sedia maklum tindakan salah di sisi undang undang tak istihar wang billion... tapi u turn bila Tun jadi PM ke 2 lawan balik Najib dlm kes 1MDB...

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperlekeh logo Perikatan Nasional sambil mendakwa, warna biru pada logo tersebut dicetak rompak dan harus ditolak pengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka.
    Menurutnya, pengundi Melaka tidak harus terpedaya dengan parti politik yang turut menggunakan lambang biru seakan BN kerana natijahnya pasti mendukacitakan.
    Terdahulu, TTF meramalkan bahawa UMNO hanya akan menang tidak lebih dari tujuh kerusi, manakala Perikatan Nasional (PAS dan PPBM) dijangka akan kalah semua kerusi yang ditandingi.

    Jessy Gaygay dah pandai membatu api kan PN dan BN. Pada Jessy Gaygay kau bela Parti PejWang Tun Mahathir tu... dlm PRN Melako PejWang tak tanding satu pun jangan nak heingg sana heenggg sini... Bela boboi tu baik baik...

    Melingkup boboi maka melingkup lah Pejuang dan otomatik melingkup Tun Mahathir... PejWang tak bertanding sila berambosss dari PRN Melako..

    Yea misi balas dendam pada Boboi dan Tun... PejWang sila beramboss dari PRN Melako... Don't mess with Melako

    puiii...!!!

    #lingkupkanboboisampaijadi

    ReplyDelete
  3. Syukurrr alhamdulillah "Rapatkan hubungan dengan Indonesia Sedara Serumpun... lupakan terus Singapura Celaka lah Singapura celaka lah barua barua Lee Kwan Yew di sini...!!!

    Malaysia, Indonesia setuju laksana koridor perjalanan secara berperingkat – PM

    November 10, 2021 Ismail Sabri Yaakob, Malaysia-Indonesia, Presiden Jokowi
    Sebarkan..!!


    Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19.

    Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur-Bali-Kuala Lumpur.

    Lupakan Singapura pedulikan Singapura..

    "When you make friend with Singapore then you no need enemy"

    #lingkupSingapuralingkupbaruaLeeKwanYew

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post