Ooo.. Depa Mogok Pasai Caj Buang Sampah Nak Naik Sampai 700%..

GEORGETOWN: Lebih 50 syarikat pembersihan swasta di negeri ini mengancam melancarkan mogok sekiranya kerajaan negeri enggan berunding berhubung peningkatan caj pembuangan sampah di Pulau Burung, Seberang Perai Selatan yang akan dinaikkan hampir 700 peratus oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Pengerusi Badan Bertindak Pemilik-Pemilik Lori Kenderaan Jenis Roll On Roll Off (RORO), Arif Ibrahim berkata, mogok itu akan dilancarkan selama 15 hari bermula 15 hingga 31 Disember depan dan impak akibat mogok itu dijangka amat buruk bagi Pulau Pinang.

“Jika kerajaan negeri masih tidak mahu berbincang, kami akan laksanakan mogok selama 15 hari, ahli kami ada 100 buah lori dengan 500 trip perjalanan setiap hari.

“Bayangkan jika kami mogok, berapa tan sampah-sampah tidak akan dikutip, jika mengikut perkiraan kami 23 tan sampah akan terbiar dan cukup untuk memenuhi kawasan Komtar,” katanya ketika mengadakan demonstrasi aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

Demonstrasi aman itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir sejam di kawasan Komtar selepas lebih 20 buah lori sampah diparkir di pekarangan Komtar sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri.

Bantahan daripada pemilik-pemilik syarikat pembuangan sampah swasta itu merupakan kali kedua diadakan selepas dianjurkan 11 November lalu di perkarangan bangunan MBSP, Seberang Perai.

Menurut Arif, pihaknya menuntut kerajaan negeri menangguhkan segera cadangan MBSP untuk menaikkan kadar pembuangan sampah di Pulau Burung dengan mengenakan bayaran RM70 setiap satu tan sampah dibuang ke tapak pelupusan.

“Kadar itu terlalu tinggi kerana sebelum ini, caj untuk satu lori yang boleh memuatkan lebih tiga tan sisa pepejal kami kenakan sebanyak RM180 sahaja kepada pelanggan iaitu dari Bertam di Kepala Batas menuju ke tempat pelupusan sampah di Pulau Burung.

“Kenaikan caj yang dicadangkan ini dibuat tanpa perbincangan dengan pihak kami, jadi kami tuntut kerajaan negeri untuk campur tangan,” katanya.

Selain itu Arif berkata, pihaknya turut menuntut pemasangan sistem posisi sejagat (GPS) di lori-lori RORO ditangguh kerana menyebabkan privasi syarikat pembuangan sampah terganggu.

“Sebagai contoh, sekiranya ada kakitangan yang meneliti pergerakan lori syarikat, maka mereka boleh membocorkan maklumat kepada pihak lain untuk mendapatkan imbuhan. Kami bimbang jika perkara ini berlaku menyebabkan senarai pelanggan boleh diambil oleh syarikat lain,” katanya. – UTUSAN

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post