Oooo.. Patutlah PKR Kalah Disemua Kerusi...

KUALA LUMPUR: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan PKR tewas di semua kerusi dipertandingkan selain DAP kehilangan kubu kuatnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka didakwa kerana pecahan undi yang ‘diambil’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, hal itu disebabkan Bersatu sebelum ini pernah bersama PH yang memenangkan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun, tindakan parti itu membentuk pakatan baharu dinamakan Perikatan Nasional (PN) menyebabkan pola undi sudah berpecah.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, masih terlalu awal untuk PH menyimpulkan punca kekalahan pembangkang bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan ia akan diketahui selepas sesi bedah siasat dilakukan dalam masa terdekat.

“Ada banyak sudut yang perlu diambil kira untuk kita memahami apa yang berlaku selepas hari mengundi. Mungkin juga ada undi yang berpecah yang menyebabkan kemenangan tidak memihak pembangkang seperti di Pengkalan Batu. Kehadiran bekas penyandangnya, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas) juga telah mengambil undi yang sepatutnya pergi ke DAP,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fahmi menafikan dakwaan kekalahan pembangkang mungkin didorong faktor penerimaan Datuk Seri Idris Haron (bekas ADUN UMNO) bertanding di DUN Asahan atas tiket PKR dan juga permeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, sebelum ini.

“Ini tidak benar, boleh jadi disebabkan faktor jentera dan kekuatan parti antara kawasan bandar dan luar bandar. Apa yang perlu diperbaiki adalah gerak kerja kami kerana cara parti-parti berkempen secara maya pun salah satu punca mengapa sukar untuk kami memperkenalkan calon.

“Kempen digital di kawasan bandar memang berkesan, tetapi bukan di luar bandar kecuali pengundi yang mengundi di kawasan luar bandar ini tetapi bekerja di dalam bandar,” katanya.

Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Melaka mencatatkan kemenangan dengan majoriti dua pertiga menyaksikan UMNO menang 18 kerusi, diikuti MCA (2) dan MIC (1) manakala PH hanya menang lima kerusi iaitu DAP lima kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) (satu kerusi) dan PKR tewas semua kerusi.

PN-Bersatu pula hanya menang dua kerusi manakala Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan parti-parti politik bebas juga gagal merebut sebarang kerusi yang ditandingi.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkata, pimpinan tertinggi PH diingatkan untuk tidak menuding jari kepada pihak lain dan mengakui kekhilafan sepanjang berkempen yang menyebabkan masih ramai pengundi terutama yang bukan Melayu didakwa enggan keluar mengundi.

ADUN Sungai Pelek itu antara lain mencadangkan supaya DAP tidak terlalu bergantung kepada sokongan orang Cina sahaja sebaliknya mementingkan semua kaum di negara ini jika mahu memenangi kerusi lebih banyak pada pilihan raya.

“DAP tidak boleh harapkan Cina sahaja, kena yakinkan bangsa-bangsa lain bahawa DAP boleh mewakili suara semua rakyat. Jangan pentingkan sentimen kecinaan lagi bagi mengelakkan salah faham terhadap DAP. Kita menang empat kerusi pun kerana bergantung dengan Cina, kalau tidak, kita takkan menang.

“Pembangkang juga mesti menjelaskan kepada rakyat punca kekalahan sama ada disebabkan pandemik Covid-19, pengundi sendiri kecewa dengan ahli politik, prestasi PH yang kurang memberangsangkan selama 22 bulan mentadbir atau faktor ‘Mahathir’,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kesimpulannya dari apa yang Fahmi Fadzil tu kata ialah PKR kalah kerana BERSATU keluar PH..

Mudah sekali dia letak punca kekalahan kepada pihak lain, sedangkan BERSATU pada dasarnya telah keluar dari PH hampir 20 bulan yang lalu.

Tidakkah mereka-mereka itu sedar akan berlaku peralihan undi keluar dari PH selari dengan keluarnya BERSATU dari PH?

Tapi.. apa Mereka telah lakukan untuk mengatasi perkara ini setelah BERSATU melangkah keluar dari PH?

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sejujurnya anwar dah tak relevan lagi. Pru15 nanti apa pun alasan, populariti anwar tidak membawa erti kepada pkr. Sama juga dengan lim guan eng mahupun mat sabu. Sekadar terhibur mendengar celoteh...boleh.Tapi dari segi perancangan masa depan negara ke arah negara lebih maju...ilek.
    Tiada pendekatan yang jitu yang mampu memberi semangat kepada rakyat. Sama sahaja.

    Peluang pertama telah diberikan kpd lim guan eng dan mat sabu dalam kabinet tapi semuanya haru. Tiada keikhlasan dan lebih suka menunjukkan sikap tidak profesional dalam menaikkan status ekonomi dan kestabilan negara. Umpama pelawak dan cerita kartun yg sering ditonton kanak-kanak. Tidak mencerminkan kejujuran jika dibandingkan pemimpin negara jiran spt singapura. Tiada visi dan misi langsung.
    Jika ph masih mengetengahkan muka ini dalam pru15 nanti percayalah akan kalah teruk.
    Idea dari pemimpin ph agar membawa balik tun m dalam kempen mereka menjelang pru15 yang dikatakan boleh dijadikan ubat booster buat ph adalah satu idea bodoh. Sejak sekian lama selepas tun m menjatuhkan kerajaannya sendiri, akar umbi ph lebih mengganggap tun m adalah pengkhianat kpd ph. Kempen 'Anti kleptokrat' dah tak membawa erti kerana terbukti beliau sendiri adalah kleptokrat selama 22 tahun dan 22 bulan berkuasa. Komen beliau dalam sosmed telah mendapat kutukan dan kecaman lebih 80% netizen bukan sahaja dari orang melayu bahkan ada dari bangsa lain yg turut kecewa dengan sikap hipokritnya. Tiada lagi istilah hormat atau dikasihi kepada bekas pm 2 kali negara.

    Untuk ph menang pru15, tampilkan muka-muka baru mulai sekarang dan rajin-rajinlah bertemu rakyat. Ketengahkan idea cemerlang dalam meningkatkan sosio ekonomi rakyat dan negara dan bukannya bermain dengan memburukkan persepsi individu lain sahaja. Rakyat dah bosan apatah lagi jika individu yang diburukkan mampu menjawab dengan bukti dan fakta. Itulah kekurangan yang ada pada pemimpin ph. Balun ikut suka. Yang akhirnya bila diberi peluang mentadbir negara, tak profesional dan nampak lebih sebagai maharaja lawak.
    Pru15 jika ph masih kalah, elok berundurlah semua kepimpinan pelawak tersebut. Bukan tiada tokoh lain. Ada dan ramai yang mampu diasah bakat mereka. Cuma jangan muda sangat tapi kartun macam syed sadiq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak respek dgn lim gone end terowong ghaib tu?
      Masa jadi kerajaan bersekongkol dgn atok membatalkan projek hsr sambil kecam dan buat tuduhan macam-macam.
      Lebih rm300juta kerajaan singapore dpt pampasan secara percuma hasil bangang kerajaan ph batal projek asal tu.

      Sekarang gone end melalak pula dalam parlimen minta projek hsr kl/singapore tu diteruskan dan bantah projek asal kerajaan ph hsr kl/jb.
      Kenapa bantah hsr kl/jb sedangkan itu idea asal ph?
      Patutnya sejak abahkau yg mencadangkan projek hsr kl/jb diteruskan dalam parlimen, korang sokonglah idea cantik korang tu.

      Adakah tak jumpa apa2 bukti rasuah nak kaitkan projek tu dengan pemimpin bn atau tuduhan tu hanya fitnah.

      Macam mana rakyat nak percaya korang lagi?!
      Prinsip pon tunggang langgang.
      Ko ingat bagi rm30 setahun boleh membeli jiwa rakyat?

      Bodoh betul!!!
      Macam ini standard otak pemimpin dap, ko ingat rakyat sanggup ker nak serahkan kepercayaan dgn ph.
      Dahlah buat duit negara macam duit bapak dia!!!

      Delete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post