
MELAKA: PKR menerima tamparan hebat apabila tewas semua kerusi ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun meletakkan calon paling ramai berbanding sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).
PKR bertanding 11 kerusi, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.
Sembilan lagi kerusi ditandingi Parti Amanah Negara (AMANAH), manakala DAP diberikan kerusi paling sedikit iaitu lapan, sama dengan jumlah diperuntukkan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) 2018.
Empat tahun lalu, PH membahagikan 28 kerusi dalam kalangan empat parti komponennya ketika itu, iaitu PKR, DAP, AMANAH dan BERSATU.
Ketika itu, PKR dan DAP bertanding lapan kerusi, manakala AMANAH dan BERSATU di enam kerusi. DAP muncul pemenang terbesar apabila menang semua kerusi ditandinginya, PKR menang tiga, manakala BERSATU dan AMANAH pula masing-masing menang dua kerusi.
BERSATU kemudian keluar daripada PH dan membentuk kerajaan negeri melalui kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selain sokongan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang kemudian menjadi wakil rakyat Bebas menyokong kerjasama BN dan BERSATU.
Keputusan PRN Melaka menyaksikan DAP kekal pemenang terbesar dalam kalangan parti komponen PH apabila mengekalkan kerusi Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Kesidang, namun tewas empat lagi kerusi disandangnya, iaitu Duyong, Gadek, Pengkalan Batu dan Bemban.
AMANAH juga gagal mengekalkan momentum PRU-14 apabila hanya berjaya menang kerusi Bukit Katil melalui calonnya, Adly Zahari, iaitu Pengerusi AMANAH Melaka dan bekas Ketua Menteri ketika PH mentadbir negeri ini selepas PRU-14.
Paling mengejutkan adalah prestasi PKR, daripada tiga kerusi dimenangnya pada PRU-14, kali ini tewas semua termasuk terlepas DUN Machap Jaya kepada BN yang diwakili MCA.
Nyata, telahan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik yang sebelum ini yakin parti itu mampu menawan sekurang-kurangnya tujuh daripada 11 kerusi, termasuk merampas kerusi disandang Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di Lendu, jauh tersasar.
Tujuh kerusi sasaran itu termasuk tiga DUN dimenanginya pada 2018, iaitu Machap Jaya, Rembia dan Kelebang, selain menawan Paya Rumput, Asahan, Rim dan Lendu. PKR turut bertanding di Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.
Selama 22bulan penuh drama. Rakyat bosan. Apatah lagi bila rakyat berharap sangat dengan janji manifesto tapi akhirnya dikencing.
ReplyDeleteKeinginan memenjarakan pemimpin umno tapi akhirnya sisi gelap mantan pm7 makin terserlah. Terserlah siapa yg sebenarnya kleptokrat melalui urusniaga haram proksi dan kroni. Tak heran umur semakin senja gila akan kuasa politik. Rupa-rupanya kuasa politik digunakan untuk mengaut kekayaan. Betapa dungunya seolah-olah tanpa politik anak, proksi dan kroni akan jatuh miskin. Belajarlah berdikari dengan kekayaan mendadak hasil salahguna kuasa dan rasuah selama berpuluh tahun berkuasa.
22bulan juga drama sumbang dari kabinet kacau bilau hasil perebutan kuasa sehingga kesejahteraan rakyat turut terjejas. Belum lagi rakyat dipersembahkan dengan menteri-menteri dungu yang mengganggap rakyat sebodoh mereka. Ditipu negara telah bangkrap dan disaji dgn rm30 setahun oleh menteri penuh drama.
Rakyat hanya ingin kesejahteraan demi kelangsungan hidup. Rakyat dah bosan dgn cerita kleptokrat, rasuah, penyangak, penyamun bila yg bercakap adalah seorg penyangak, penyamun, rasuah dan jelas seorg kleptokrat dgn warisnya semua kaya mendadak.
Rakyat senyum sinis melihat kedunguan tokoh mengutuk org lain tapi sebenarnya dia mengutuk dirinya sendiri.
Kepada kepimpinan ph...ramai pemimpin yg sudah tidak relevan lagi. Dulu bila anda mengata/memfitnah pemimpin lain, rakyat akan mudah menerima tapi sekarang tanpa fakta dan bukti hitam/putih....FITNAH!!
JANGAN MENGECAM PENGUNDI
PENGUNDI TAK SEBODOH PEMIMPIN PARTI
SEKARANG ERA SOSMED BUKAN TV HITAM PUTIH
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!