
AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) sedang mengumpul maklumat berhubung berlaku cubaan memberikan rasuah kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada beberapa pihak termasuk calon BN yang mendakwa perkara itu berlaku sepanjang kempen pilihan raya.
Walau bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berkenaan pihak dan lokasi yang terlibat kerana sedang mengumpul bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
“Kita terima laporan rasuah kepada pengundi dalam bentuk wang ringgit, ada satu laporan RM50, ada RM100, ada satu laporan RM300 di satu DUN tertentu.
“Laporan ini akan disertakan dengan bukti kerana kita mahu menghentikan pembelian undi menggunakan wang ringgit.
“Oleh itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis kena pantau sebegini. Mereka tidak suka sikap ini, silalah tampil ke hadapan dan sertakan bukti supaya perkara ini dapat dihentikan,” katanya hari ini.
Ahmad berkata demikian dalam slot Sembang Politik PRN Melaka MMTV yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Utusan Online.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!