Sebenarnya Berapa Ramai Penasihat Yang Ismail Sabri Ada?

 


ISMAIL Sabri Yaakob yang dilantik sebagai perdana menteri pada 20 Ogos lalu membentuk barisan kabinet dengan 31 menteri dan 38 timbalan menteri bagi membantu beliau mentadbir negara.

Beliau juga meneruskan gaya awal pendahulunya Muhyiddin Yassin yang tidak mempunyai timbalan perdana menteri, sebaliknya memilih untuk mempunyai empat menteri kanan.

Bagaimanapun sejak pelantikannya, beliau juga telah melantik beberapa penasihat khas untuk menasihatinya mengenai kesihatan, agama serta undang-undang dan hak asasi manusia.

Dalam jawapan bertulis Parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Abdul Latiff Ahmad pada 10 November lalu, beliau berkata kos penggajian penasihat Ismail Sabri menelan belanja RM50,000 sebulan.

Beberapa ahli Parlimen mempersoalkan keputusan Ismal Sabri melantik penasihat khas sedangkan beliau sudah pun melantik menteri untuk portfolio masing-masing.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menuduh perdana menteri melantik individu berdasarkan kehendak dan kemahuan beliau ketika negara masih bergelut dengan pemulihan ekonomi daripada pelbagai sekatan untuk mengekang penularan Covid-19.

Mari kita lihat dengan lebih dekat penasihat yang dilantik Ismail Sabri dan peranan mereka dalam pentadbirannya.

PENASIHAT KHAS UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI

Azalina Othman Said dilantik sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi kepada Ismail Sabri pada September.

Dalam catatan di Facebook, bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata beliau menerima watikah pelantikannya pada 30 September lalu.

Ahli Parlimen Pengerang itu meletak jawatan sebagai timbalan speaker pada 23 Ogos sebagai tanda kekecewaan terhadap kekurangan reformasi Parlimen.

Bekas peguam itu secara lantang menyuarakan keperluan reformasi Parlimen dan Pejabat Peguam Negara bagi pengasingan kuasa pendakwaan.

Peletakan jawatannya dibuat selepas Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, menggantikan Muhyiddin.

PENASIHAT KHAS AGAMA

Jamil Khir Baharom dilantik sebagai penasihat khas agama. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila beliau dilantik memegang jawatan itu.

Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah itu memegang jawatan menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) dalam kerajaan Barisan Nasional dari 2008 hingga 2018.

Beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara pada 2009 dan menyertai kabinet Najib Razak. Pada pilihan raya 2013, beliau bertanding di Jerai dan menang, tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya 2018.

Terdapat beberapa kontroversi yang menyelubungi Jamil, kebanyakannya berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana.

Pada 2011, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menuduh Jamil menggunakan dana zakat untuk membeli rumah untuk keluarganya.

Jamil bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu. Kemudian pada 2015, seorang aktivis mendakwa beliau menggunakan dana daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanan membeli-belah dan bermain golf ke Amerika Syarikat.

Beliau sekali lagi menafikan tuduhan itu, sambil menyatakan kehadirannya bukan atas tujuan rekreasi.

PENASIHAT KHAS KESIHATAN

Sementara itu, Latiff berkata Ismail Sabri mempunyai penasihat khas berkaitan kesihatan, namun beliau tidak mendedahkan identiti individu itu dan Ismail Sabri tidak mengumumkan secara terbuka siapa penasihat khasnya.

Di bawah pentadbiran Muhyiddin, jawatan ini disandang Dr Jemilah Mahmood. Tiada maklumat lanjut sama ada beliau dikekalkan.

PENASIHAT EKONOMI PMO

Bukan penasihat ekonomi perdana menteri, tetapi Shahril Hamdam dilantik sebagai pengarah ekonomi di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Menurut laman web peribadinya, Shahril yang juga ketua Pemuda Umno memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi dari Universiti Manchester pada 2008 tajaan Bank Negara Malaysia.

Ketua penerangan Umno itu juga sebelum ini bekerja untuk firma perunding McKinsey dan syarikat selama tiga tahun dan merupakan pegawai polisi Khairy Jamaluddin semasa menjadi menteri belia dan sukan.

Sebelum pelantikannya, spekulasi bertiup kencang bahawa bekas perdana menteri Najib Razak yang disabitkan bersalah akan dilantik sebagai penasihat ekonomi Ismail Sabri ~ The Malaysian Insight

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kalau mereka profesional...tak ada masalah lantik penasihat.
    Jangan jadi macam kerajaan atok...wujudkan majlis penasihat yang bangang!
    Projek hsr dibatalkan dengan pampasan rm300juta percuma diperolehi kerajaan singapore. Bukan tiada penjelasan ttg kebaikannya tapi demi propaganda dan spekulasi negatif kpd kerajaan bn ia terus dibatalkan. BODOH!!!!
    Inilah jadinya bila ingin berkuasa untuk kepentingan peribadi. Kepentingan anak, proksi dan kroni.

    Kemudian sebok proksi mangkuk nak projek itu diteruskan tapi jajarannya telah diubah iaitu kl hingga jb sahaja tapi kos tidak jauh berubah dgn yg asal iaitu kl/singapore.
    Apa punya bangang majlis penasihat.Gimik jer lebih tapi mangkuk!!!!!
    Mangkuk bangang!!!
    Salah seekor ada menerima wang 1mdb tapi tidak disiasat dan dibekap oleh mangkuk2 berkepentingan. Inilah munafik nyata yg masih hidup dan layak dikecam sehingga ke liang lahad!!!

    Skrg sebok pula mantan menteri kewangan ph menyarankan agar jajaran asal kl/singapore diteruskan kerana sedar keuntungan dari segi ekonomi kpd negara sambil bertegas dgn kerajaan ismail sabri. Rasanya pm9 akan kekal dgn jajaran asal krn dia lebih tahu keuntungan jangka pjg kpd rakyat dan negara. Bukan mcm kerajaan atok dan para majlis penasihatnya.
    Ntah apalah bangangnya para penasihat yg mrk ada sebelum ini.BODOH!!!!
    Singapore percuma dapat rm320juta pampasan bila kerajaan ph membatalkan projek. BODOH!!!!
    UMUR JER PANJANG DKT SEABAD TAPI BODOH!!!!!

    Skrg rakyat sedar pemimpin2 yg berlagak suci maksum dan asyik mengata org lain adalah penyangak/penyamun sebenar.
    Semoga rakyat ingat muka2 penyamun/penyangak sebenar ini termasuk waris dan legasinya!!!!

    Semoga laknat ke atas mrk!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang diperkatakan itu memang benar. Propaganda menjatuhkan reputasi lawan dan musuh demi mengangkat diri tapi sebaliknya dia adalah kleptokrat utama.
      Motto hidup dia 'janji bukan kitab suci. Rakyat ikat perut, jangan dengki dengan orang kaya'

      Delete
  2. AG tomato paling bodoh dalam sejarah negara.
    Kes 1mdb mengaitkan najib siasatan tak sampai 2bulan terus pendakwaan.

    Kes 1mdb zeti dan jholow sudah diketahui sejak 2019 tapi sampai skrg siasatan tak selesai lagi.
    RM700juta. Yang dipulangkan rm65juta.

    Sah macam ada konspirasi antara jholow, zeti dan rakan vvip mereka.
    Semoga laknat di dunia dan akhirat mereka yang berkonspirasi ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post