Setelah Kalah Dan Didesak Undur, Anwar Salahkan PH Melaka?


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan permintaan supaya beliau berundur sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hanyalah satu pandangan. Ia berkait gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut dari DAP, Lee Chin Chen yang menggesa beliau mengundurkan diri.

"Itu cuma pandanganlah, kita teliti juga ... tetapi kita beri peringatan jangan nampak pandangan itu dilihat agak angkuh, jadi menimbulkan reaksi yang tidak baik dalam kalangan ahli lain.

"Jadi, itu yang kita kena jaga, kita (Lee Chin Chen) tahu sikit sahaja terus buat rumusan, (dia) patut lihat semua aspek kerana dia (PRN Melaka) tak semudah itu. Kita jumpa di kampung macam mana pandangan orang lain, masyarakat Cina India dan Melayu di mana ada beberapa kegelisahan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau ditemui selepas melancarkan buku Jejak-jejak Pencerahan Umat karya Datuk Dr Muhammad Nor Manuty di Bangi hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berharap individu-individu yang mendesaknya meletakkan jawatan mencari punca sebenar mengapa PH menerima dua bekas wakil rakyat UMNO menjadi calon bagi gabungan itu.

"Yang mengusulkan supaya empat orang (bekas ADUN) itu menyokong PH adalah pimpinan PH Melaka, Ketua Amanah (Melaka), Ketua PKR (Melaka) dari DAP Melaka mereka yang usulkan, peringkat awal kita tak setuju tetapi mereka yakin dengan cara ini mereka kata, ini untuk kembalikan mandat PH.

"Kali kedua, PH masih tidak setuju kerana ada kata mereka akan belot kemudian (hari), kemudian bila bubar, sebelum bubar orang ini kata tak berganjak walaupun dipelawa oleh UMNO, sebab itu bila bubar kita ada masalah, macam mana kita boleh ketepikan dan buang mereka," katanya.

Kedua-dua bekas ADUN UMNO iaitu Datuk Seri Idris Haron yang bertanding di DUN Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan yang bertanding di DUN Pantai Kundor bagaimanapun gagal memenangi kerusi itu Sabtu lalu.

PH hanya peroleh lima kerusi yang disumbangkan DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Kota Laksamana, Kesidang dan Bandar Hilir.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dari Amanah menang kerusi DUN Bukit Katil dan hilang kerusi DUN Durian Tunggal.

PKR yang bertanding 11 kerusi telah gagal memenangi sebarang kerusi ~ AstroAwani

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Dari era reformasi 1998 mengikuti perkembangan. Bersama-sama rakan sehingga usia lebih setengah abad.
    Tiada lonjakan paradigma yang mampu ditonjolkan dan makin sayup dari isu yang jelas dan nyata demi negara dan rakyat.
    Semakin bosan dengan isu yang sama diputar-putar seantero negara. Tiada visi dan misi yang jelas untuk meyakinkan rakyat.Agenda terkubur bila berjuang bersama dengan mahafiraun. Akhirnya dikhianati kerana perjuangan tiada lagi prinsip asas. Keyakinan rakyat makin berkurangan.
    Terpulanglah jika masih inginkan panglima yang sama pru15 nanti. Kami rakyat hanya mampu memerhati. Bosan dengan mainan isu yang sama seolah-olah tiada isu sebenar yang mampu melonjakkan status perjuangan asal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post