Strategi PN Bawa Angin Kemenangan


MELAKA : Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap pencalonan beliau sebagai Ketua Menteri pada saat-saat akhir akan membawa angin kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu percaya langkah berkenaan secara tidak langsung dapat menarik sokongan pengundi wanita apabila buat pertama kali kaum hawa dicalonkan sebagai Ketua Menteri.

Katanya, fokusnya kini adalah membawa kemenangan dan akhirnya berupaya membentuk kerajaan negeri.

Malah tambahnya, beliau percaya rakyat Melaka mahukan perubahan baharu termasuklah sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat.

“Membawa kemenangan kepada PN, itulah impian saya sekarang. Itu lebih penting agar kita dapat membentuk kerajaan.

“Insya-Allah PN akan menang pada PRN Melaka ini, segalanya kita berserah kepada Allah,” katanya.

Terdahulu, PN menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri jika gabungan parti itu menang dalam PRN Melaka Sabtu ini.

Perkara itu diumumkan dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat PN, Kuala Lumpur.

Menurut Mas Ermieyati, masih terlalu awal bagi mengemukakan rancangan pembangunannya untuk negeri itu.

“Bagi kita menang dahulu, baru fikir kemudian,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan pengumuman pencalonannya semalam tidak lewat dan lebih merupakan strategi PN dalam menghadapi PRN Sabtu ini.

Mas Ermieyati ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah dan calon PN untuk DUN Tanjung Bidara dan bakal berdepan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon PH, Zainal Hassan. – UTUSAN ONLINE

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Akhirnya SPRM sahkan Singapura pulangkan wang dari syarikat suami Zeti

    Saturday, November 20, 2021

    Singapura telah memulangkan kepada Malaysia sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman - suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

    Menurut laporan Malaysiakini, SPRM mendedahkan dalam satu kenyataan semalam kerajaan telah berjaya mendapatkan dana berkenaan tetapi tidak mendedahkan tarikh dana itu dipulangkan.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga menyatakan dana AS$15.4 juta tersebut telah dikaitkan dengan akaun Cutting Edge Industries Ltd, yang dikatakan milik bersama oleh Tawfiq dan Samuel Goh.

    Zeti, yang merupakan saksi dalam perbicaraan 1MDB bekas perdana menteri Najib Razak, sebelum ini berkata dakwaan terhadapnya dan keluarganya adalah palsu dan berniat jahat dan mereka tidak pernah menerima dana 1MDB.

    Tengok camner Singapork membatu api kan barua barua nya di sini kikikiki.. Nampak gaya barua nya pakai pampers la lagi... kencing tak lawas... kikikiki

    Dolu kau yang kata " When you make friend with Singapore you no needs enemy"

    ReplyDelete
  2. Denda RM40,000 palsukan tandatangan [METROTV] YIP KUM FOOK(LAWYER CHEATING PEOPLE)
    Kuala Lumpur: Seorang jurutera syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memalsukan tandatangan.
    Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
    Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu satu buku 'Structure Design Calculation' bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan struktur dan pelan struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Majlis Perbandaran Selayang daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook(penipu) iaitu pemilik tanah yang mana mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu antara 2 Ogos sehingga 12 Ogos 2014 di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong, di sini.
    Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
    Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat.
    "Kesalahan ini adalah serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani," katanya.
    Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya hanya hukuman denda dikenakan dan tidak dipenjara kerana mempunyai banyak tanggungan selain isteri seorang surirumah.
    "Saya tiada niat memperdayakan pihak Majlis Perbandaran Selayang dan hanya mencari pendapatan buat keluarga.
    "Ini kesalahan pertama saya dan saya menyesal serta insaf atas kesalahan dilakukan," katanya.
    Mengikut fakta kes, pada 2013, Datuk Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja, Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak.
    Bagaimanapun, penyediaan dokumen itu adalah tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
    Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
    Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip Kum Fook(penipu) atas pembayaran kerja dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu.
    Hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan dokumen 'Structure Design Calculation' adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng.

    ReplyDelete
  3. Strategi PN bawa angin kentut sampai Muhyiddin tercirit birit

    ReplyDelete
  4. Prn melaka...
    Skrg rakyat disajikan dengan adegan tembak menembak antara mahacai dan pemimpin mrk yg kalah besar di prn melaka.
    Ada yg salahkan katak berprinsip, ada yg salahkan pengkhianat sheraton, ada yg salahkan calon dan pelbagai alasan lagi sebagai denial syndromes.

    Yang paling hebat dan canggih ada ura2 nak bawa balik atok berjuWang bersama-sama ph menghadapi pru15. Hebat idea tersebut. Sambil memetik hanya itu sahaja pilihan yg ada pada ph jika ingin kembali ke putra jaya. Wow...tak serik ker kena kencing dan kena berak kali kedua?
    Rasanya idea tersebut kurang cerdik memandangkan akar umbi ph dah cukup menyampah dgn atok.
    Apa-apa pun semuanya berhak utk memberi pandangan. Sama ada pandangan tersebut akan membawa ke hadapan, statik atau makin ke belakang.

    Semoga ada pihak yg mampu membuat undian secara online dengan cadangan tersebut. Dapatan akan digunakan sebagai persediaan pru15 nanti.

    ReplyDelete
  5. Kadir jasin kutuk pengundi melaka krn sokong kleptokrat...

    Rupa2nya dia pernah jadi bos mrcb dgn pegangan saham berbillion ringgit sedangkan hanya seorg wartawan....hmmmmm

    Jilat atok selama 22tahun dapatlah jadi kleptokrat sebenar...

    Kadiaq.. Kadiaq

    Ko seorg proksi atau kroni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post