Terima 'Pengkhianat' Sebagai Calon, MP DAP Bidas Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri masih belum menyatakan secara terbuka bahawa mereka mahu menjadi calon bebas bagi mengembalikan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan (PH), menurut seorang Ahli Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, ulasan daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa empat bekas ADUN itu tidak boleh disamakan dengan pembelot di sebalik Langkah Sheraton tahun lalu perlu dibincangkan.

Anwar baru-baru ini mempertahankan bekas ADUN terlibat dengan mengatakan mereka tidak sama seperti wakil rakyat yang menggulingkan kerajaan PH menerusi Langkah Sheraton.

Menurut Anwar, mereka yang terlibat dalam Langkah Sheraton telah mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada PH, sebaliknya tindakan bekas empat ADUN berkenaan adalah untuk mengembalikan mandat kepada gabungan pembangkang.

Beliau turut berkata, kepemimpinan pusat PH kini dalam peringkat akhir untuk memutuskan sama ada akan menerima tiga daripada empat individu itu iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, Noor Effandi Ahmad dan Nor Azman Hassan dalam gabungan berkenaan.

PH sebelum ini menutup pintu kepada bekas ADUN keempat, Norhizam Hassan Baktee dari DAP, yang juga telah menarik balik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional sebelum ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ramkarpal berkata: “Perlu diingatkan bahawa keempat-empat mereka tidak menyatakan secara terbuka tujuan mereka menjadi bebas adalah kerana mahu mengembalikan mandat rakyat kepada PH.

“Malah, dua daripada mereka dari Umno dan tidak pernah menjadi sebahagian dari PH. Oleh itu, isu mereka mengembalikan mandat kepada PH dengan menjadi calon bebas tidak timbul.”

Ramkarpal menyifatkan sebagai salah untuk mengatakan dua lagi bekas ADUN dari Umno berkenaan tidak terlibat dalam langkah Sheraton, kerana jika benar pasti mereka kekal dalam PH selepas kejatuhan kerajaan.

Katanya, walaupun mereka berempat menyatakan mahu menjadi bebas untuk mengembalikan mandat rakyat kepada PH, ia sesuatu yang disifatkannya sebagai ‘afterthought’ (telah difikirkan kemudian).

“Tiada tanda-tanda daripada mereka secara terbuka sebelum ini mengenai perkara itu.”

Ramkarpal juga berpandangan PH tidak boleh menerima empat bekas ADUN dan pada masa sama memperjuangkan pelaksanaan undang-undang antilompat parti seperti yang dinyatakan dalam memorandum persefahaman dengan kerajaan.

“Ini tidak masuk akal,” katanya.

“Silap besar jika PH menerima mereka, kerana mampu mengakibatkan kemarahan pengundi dalam pilihan raya negeri Melaka dan pilihan raya umum ke-15 kelak. Ini perlu dielakkan.” ~ FMT

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post