Zahid 'Libas' Anwar Dan PH Habis-habisan..

PAKATAN Harapan (PH) hanya muncul dengan janji-janji manis sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, banyak perkara yang sangat mengelirukan dalam janji-janji PH kepada rakyat Melaka dan tidak ubah seperti ulangan, sewaktu negara berada di bawah pemerintahan pakatan itu selama 22 bulan sebelum ini.

Beliau berkata, perkara itu sebenarnya perlu menjadi pertimbangan pengundi Melaka, agar mereka memilih parti yang betul untuk mentadbir negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Mahu menggubal enakmen anti-lompat parti bagi menjamin kestabilan kerajaan, tetapi inilah parti yang mengiktiraf `katak berprinsip’.

“Mahu mengiktiraf kedudukan Ketua Pembangkang setaraf Exco, tetapi inilah parti politik yang memperkecilkan peranan Ketua Pembangkang semasa menjadi kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, PH juga kononnya mahu memberi hak peruntukan tahunan setara kepada setiap ADUN tanpa mengira parti, tetapi merekalah yang menafikan hak itu semasa berkuasa sebagai Kerajaan Persekutuan.

Katanya, PH berjanji mahu mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tetapi sebaliknya pernah mengatakan saiz perkhidmatan awam negara perlu dikurangkan.

Ahmad Zahid berkata, sebaliknya manifesto BN bagi PRN Melaka adalah janji sebenar, dan pengundi akan mengetahui dokumen janji itu adalah sesuatu yang jujur dan berpijak pada bumi yang nyata.

Presiden Umno itu berkata, kekuatan BN ialah mempunyai rekod pentadbiran yang cekap selama ini, namun pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat dikaburi dengan fitnah terhadap BN dan permainan persepsi mereka yang rakuskan kuasa.

“Sehingga telah memberdayakan rakyat dan Insya-Allah rakyat tidak terpedaya lagi. Orang Melaka akan buktikan. Awas janji palsu sedang berkeliaran,” katanya. – Malaysiapost

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Musuh utama Negara Malaysia adalah Singapura...

    Singapura pusat fitnah Nusantara terutama media Singapura. Adu domba barua barua belaan rakyat Malaysia di sini untk kepentingan Singapura. Kita untuk hantar signal kita bermusuh dengan Singapura dengan melingkupkan semua sekali barua barua DAP@LeeKwanYew di sini.

    Serangan barua barua Singapura gunakan rakyat Malaysia melalui DAP@LeeKwanYew adalah fitnah jijik seperti PejWang PKR dan PAN. Adu domba mereka dan acah acah power Melayu Islamik mengaburi kaum Melayu di sini.

    Masa untuk berganding bahu dan eratkan hubungan Malaysia - Indonesia perlu diterjemahkan dan dilaksanakan.

    Tinggalkan Singapura, lupakan Singapura apa lah hebat sangat Singapura sebesar Pulau Lombok atau Langkawi itu....

    Sekiranya ada krisis dalaman spt krisis politik di Malaysia maka Singapura dan proksi nya di sini akan dapat keuntungan. Tiada krisis dalaman di Malaysia maka Singapura tidak dapat apa apa laba dari negara ini.

    Fitnah jijik adu domba Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia maka Singapura mengaut keuntungan. Tanpa fitnah jijik adu domba proksi Singapura di Malaysia dan Indonesia maka Singapura is 'nothing'.

    Hapuskan barua DAP@LeeKwanYew maka melingkuplah Singapura.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post