Adakah Mereka Sudah Tidak Yakin Terhadap Anwar Dan PKR?

PASIR GUDANG: Situasi dialami PKR ketika ini boleh diibaratkan sebagai habis madu sepah dibuang apabila rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dilihat tidak lagi mahu menggunakan logo parti berkenaan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, perkara itu juga boleh dilihat apabila mereka tidak sudi menggunakan logo PKR bersama PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Apabila PH kalah di Melaka, Presiden kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mangsa dikritik hebat pemimpin DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) serta anggota mereka. Disuruh berundur, kita dengar suara kurang sopan, angkuh dan sombong dihamburkan terhadap presiden kita.

“Mungkin DAP dan Amanah sudah terlalu kuat sekarang dan mereka tidak anggap PKR penting. Mungkin bagi anggapan mereka Anwar dan PKR sudah hilang daya tarikan dan sokongan rakyat.

“Kita tidak boleh marah-marah pada mereka. Kita pun faham peribahasa Melayu, ‘habis madu sepah dibuang’. Begitulah nasib PKR dan presidennya,” katanya di sini hari ini.

Kata bekas Pengerusi PKR Johor itu, hasrat diluahkan pemimpin Amanah dan DAP yang mahu bergabung dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) juga menunjukkan PKR semakin tersisih.

“Kita dengar juga pemimpin muda Amanah yang hendak jemput Pejuang, Muda dan Warisan menyertai khemah PH. Mereka tidak yakin lagi pada kekuatan dan pemimpin PKR.

“Kita masih dengar lagi gagasan beberapa pemimpin PH dalam kalangan DAP dan Amanah masih mahu PH bergabung dengan (Tun) Dr. Mahathir Mohamad. Mereka sengaja hendak melemahkan PKR dan Anwar,” jelasnya.

Sehubungan itu, Hassan menasihati parti itu agar bertanding secara solo sekiranya perlu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Kepada anggota dan penyokong setia PKR, kita binalah kekuatan parti kita sendiri. Orang luar boleh desak Anwar letak jawatan sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang.

“Kalau itu kehendak mereka, buanglah Anwar sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang. Lepas itu buanglah PKR dari PH. Kita hendak tengok adakah mereka berani.

“Kalau mereka sudah tidak sudi menerima kita, apa yang kita boleh buat. Kita masuklah PRU-15 nanti secara ‘solo’. Kita gunakan logo parti kita sendiri. Kalau mereka hendak terajang PKR dari PH, terajanglah jika mereka sudah angkuh sangat. Bersedialah kemungkinan ini,” tegasnya ~ Utusan

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ya...termasuk lge dan mat sabu. Noktah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post