
Putrajaya hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus dari Amanah yang mendakwa dihantar ke Iran untuk berbincang mengenai isu pembelian minyak sawit dari Malaysia.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin berkata dakwaan naib presiden Amanah yang dikecam baru-baru ini itu adalah tidak benar.
“Saya mendapat pengesahan dari Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA) bahawa tiada sebarang maklumat diberikan atau permintaan kepada YB Hulu Langat berkaitan perkara yang dibangkitkan di dalam artikel berkenaan,” katanya kepada
MalaysiaNow.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan kemudian, Zuraida menyarankan supaya sebarang rundingan yang dibuat perlu dilaksanakan melalui saluran rasmi kerajaan.
Malah, beliau turut memaklumkan bahawa misi lawatan ke Iran telah dirancang untuk dilaksanakan pada suku pertama 2022 dalam usaha menggalakkan lagi perdagangan sawit negara dengan republik itu.
“Ini selaras dengan fungsi dan peranan kementerian bagi meningkatkan perdagangan sawit Malaysia di peringkat global.
“Kementerian perusahaan perdagangan dan komoditi (KPKK) sedar akan potensi pasaran minyak sawit di iran dan telah adakan pertemuan bersama duta Republik Islam Iran ke Malaysia, Ali Asghar Mohammadi pada 12 Oktober lalu,” jelasnya.
Zuraida turut memaklumkan bahawa antara perkara yang dibangkitkan ketika pertemuan itu ialah permohonan kerajaan Iran meningkatkan had import minyak sawit dari 30% ke 40%.
Semalam Hasanuddin memberitahu media pertemuannya dengan timbalan presiden Iran diteruskan kerana beliau membawa isu supaya negara itu membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia.
Hasanuddin turut menegaskan lawatan itu adalah demi “kepentingan negara” selain membawa isu untuk menurunkan cukai kerajaan Iran terhadap minyak sawit dari 40% kepada 20%.
Sebelum ini, Hasanuddin dikecam pengguna media sosial apabila beliau memuat naik gambarnya ketika berada di ketinggian 5,000 kaki di Gunung Tochal, Iran pada 18 Disember lalu apabila kawasan Parlimennya turut dilanda banjir.
Rata-rata pengguna pengguna media sosial turut menggesa supaya beliau pulang ke tanah air demi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan membantu penduduk termasuk pengundinya yang terjejas ekoran banjir.
Bagaimanapun, Hasanuddin menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya menyatakan beliau turut mengikuti perkembangan banjir.
Selepas dikecam teruk, Hasanuddin kini mula dilihat berada di kawasan Parlimennya meninjau keadaan mangsa banjir sekitar Hulu Langat.
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai.. Bossku
ReplyDeletePada Pengundi di Selangor you deserved what you choose..!!!
Bossku Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat projek Canal City seperti dicadangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor harus dikaji semula berikutan banjir besar yang berlaku di negeri itu.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sebanyak RM3 bilion telah pun diperuntukan khusus untuk projek tebatan banjir berskala besar pada tahun tersebut.
“Projek ini telah mula dibina pada tahun 2007 sehingga tahun 2009 tetapi tergendala apabila kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).
Pada masa itu rakyat kena ingat, rakyat dihasut dan difitnah secara terang terangan.. Pakatan di ketuai oleh Anwar Ibrahim, Azmin, Kalid Ibrahim S/U MB Fekah berantakan dalam Langkah Kajang oleh Rafizi jadi keutamaan rebut kuasa.
Dengan kempen ' Nothing to hide' oleh Tun mula dijalankan sebelum Pakaran Rakyat@ Harapan semua nya di hijack oleh Tun Mahathir dan barua nya.
Pintu Gerbang kos cat di zaman Azmin 10 juta jadi keutamaan. Kes DIEG syarikat 2 Ringgit telan GLC Selangor hampir 2 billion ringgit. Tebatan Banjir di abaikan di batalkan sebab tidak bermanfaat sama sekali.
Pada rakyat Selangor yang undi Pakaran Harapan padan muka undi lah muka muka penyangak ini lagi. You deserved what you elected at last. ,'
Dengan bahasa kasar dan kesat dengan izin 'Haah Padan lah muka kelian..!!'
“Jika terusan air ini diteruskan ia dapat mengurangkan risiko banjir selain dapat menambah rizab air mentah Selangor, namun Bossku rasa ada keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek ini,” kata bossku menerusi satu hantaran di Facebook miliknya pada Khamis... Terbaik Bossku
Pada pengundi yang mengundi Pakatan Harapan 'you deserved what you choose'
Dengan banjir besar bukan sekali tapi berpuluh kali masih lagi kerajaan Selangor bebal dan kebal kebangangan kerajaan Pakatan Harapan.
Dengan Jho Low lesap tepok tangan gelak terbahak bahak melihat Melayu berantakan sesama sendiri bersama kaum Jho Low duduk diam diri lansung tidak menghulur bantuan...
Tak musibah cukup banjir melanda Pulau Batu Putih disedekahkan Singapura pada anak Lee Kwan Yew lagi. Tak serik serik kena main kena bodo bangang dengan barua DAP@LeeKwanYew...
Next PRU 15... kalau ego bodoh bangang masih tebal, bebal masih kebal 'Lu Fikir Lah Sendiri' hasil yamg kamu undi kelak nanti.. Ye dah macam celaka bro KHALAS..
Kepada semua penganut Buddha ...
ReplyDeleteYIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha ……Yip Kum Fook & Associates No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Thanks
Ng, Kepong
DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]
ReplyDeleteJurutera didenda RM40,000 palsu tandatangan berhubung pembinaan bangle
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sebuah syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah dokumen berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Selangor daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook iaitu pemilik tanah yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 hingga 12 Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia mempunyai tanggungan termasuk ibu yang berumur 76 tahun.
“Ini adalah kesalahan pertama dan saya tiada rekod jenayah. Saya amat kesal dan insaf atas kesalahan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, jadi saya mohon hukuman denda minimum tanpa hukuman penjara,” katanya.
Mengikut fakta kes, pada 2013, Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja iaitu Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas lot tersebut, namun penyediaan dokumen itu tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan oleh syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip atas pembayaran kerja yang dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu dan hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan pada dokumen ‘Structure Design Calculation’ adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng. -Bernama
Kerajaan Malaysia akan memeriksa YIP KUM FOOK (PEGUAM DAN PRESIDEN SAMNAK SAMBODHI atau persatuan Buddha, Taman Desa Jaya, kepong) kerana peguam ini menipu orang di mana-mana......Yip Kum Fook & Associates, Kuala Lumpur... No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!