Seorang pemimpin bahagian Amanah menolak cadangan penggabungan parti itu dengan PKR dan menyifatkannya sebagai angan-angan dan lawak.
Ketua Amanah Bukit Bintang Ahmad Asri talib membangkitkan kekalahan PH dalam PRN Melaka yang menurutnya kerana "kegagalan parti yang mengetuai tampuk PH".
"Angan-angan supaya Amanah diserap ke dalam PKR adalah lawak lelucon. Masakan boleh Amanah yang semakin diterima rakyat dimakan oleh PKR yang semakin lemah.
"Kepimpinan Amanah terutama (Pengerusi PH Melaka) Adly Zahari yang telah mengekalkan kemenangan di Bukit Katil sendiri telah menjadi ikon pemimpin PH dan dipsersetujui diangkat kembali menjadi ketua menteri jika PH menawan semula Melaka," katanya dalam kenyataan.
Berbanding penggabungan, Asri mencadangkan kaedah "khemah besar" yang melangkaui parti komponen PH pada masa ini.
"Sama ada bersama Warisan, Pejuang, Muda dan mana-mana pari yang difikirkan baik untuk PH menjadi kuasa politik besar negara jika ingin memenangi PRU15 nanti.
"Sikap abang besar dan besar kepala harus disingkirkan dari mana-mana parti dalam PH. Ia langsung tidak membawa keuntungan, malah merugikan PH," katanya lagi.
Merujuk kepada PKR, Asri berkata kekalahan dalam PRN Melaka adalah akibat kegagalan meraih sokongan pengundi Melayu serta pengundi muda.
"Adakah mereka (pengundi muda) inginkan dinosaur PH bertukar kerana kegagalan beberapa kali untuk mendapatkan 'angka' dan golongan itu sendiri sudah meluat melihat rentak lakonan ketua PH yang tak mesra golongan muda, setelah menolak wakil parti Muda untuk menjadi calon?" soalnya yang jelas merujuk kepada Pengerusi PH Anwar Ibrahim.
Terdahulu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menolak cadangan penggabungan dua parti itu.
Dia berkata cadangan itu tidak perlu dipertimbangkan kerana “tidak pernah berbangkit”.
Cadangan itu dikemukakan penganalisis politik Wong Chin Huat susulan kekalahan PH dalam PRN Melaka ~ Malaysiakini
Anwar Dianggap 'Dinosaur' Oleh Ketua Bahagian AMANAH?
byAnak Sungai Derhaka
-
1
Please share to all Malaysian MCA Members,
ReplyDeleteSome MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
They are trying to tell us to support Donald Lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
Share and forward by Mr Low, Kepong
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!