Bagaimana Bekas MB Perak Boleh Beli Lexus Dengan Murah Sekali?

IPOH: Pembangkang mempertikaikan pembelian kereta mewah, Lexus ES250 pada harga rendah oleh bekas Menteri Besar Perak.

Sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semasa menjadi Menteri Besar telah menaik taraf kenderaan rasmi beliau daripada Toyota Camry kepada Lexus ES.

Ketua Pembangkang Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa seorang bekas Menteri Besar telah membeli kereta mewah dengan harga yang begitu murah.

Menurutnya, kereta itu, Lexus ES250 dibeli dengan harga RM287,671 dan dijual pada harga RM172,602.60, iaitu 60 peratus daripada harga asal.

“Yang pasti harga preowned pun tak semurah ini iaitu kurang 75 peratus selepas 22 bulan, kurang 73 peratus selepas 11 bulan,” katanya pada perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Abdul Aziz (DAP-Tebing Tinggi) berkata, apa yang hendak dibangkitkan bukan soal peraturan kerana para pegawai kerajaan diyakini telah menjalankan amanah dengan memastikan segala peraturan pembelian telah dipatuhi.

“Apa yang saya hendak dibangkitkan ialah dalam keadaan rakyat menderita di bawah Covid-19, ada yang bunuh diri, ada yang kibar bendera putih, jadi bagaimana kita tergamak membeli kereta pada waktu ini?

“Saya sendiri tak minta kereta baharu, kereta buruk pun tak apalah, selagi boleh jalan.

“Namun sebagai pemimpin, kita harus menunjukkan sikap prihatin dan kita bersama rakyat pada waktu mereka susah, menderita.

“Kita tak mahu perkara-perkara seperti bekas Perdana Menteri yang menuntut, meminta harta (hartanah) lebih RM100 juta atau kerajaan negeri beli kereta Mercedes Benz baharu, naikkan gaji dan sebagainya.

“Jadi ini tidak harus berlaku dalam keadaan rakyat begitu menderita terutama dalam Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Faizal semasa menjadi Menteri Besar telah menaik taraf kenderaan rasmi beliau daripada Toyota Camry kepada Lexus ES.

Ahmad Faizal berkata, beliau menyerahkan Camry miliknya kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

Katanya, kerajaan negeri dapat diskaun antara RM40,000 hingga RM50,000 untuk kereta 2019. – UTUSAN ONLINE

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Puak2 ni lupa macam mana LGE explained dia dapat murah kereta mercedes yang dia pakai.. why double standard...

    ReplyDelete
  2. patut la ada negeri pasir dua butir tu galak beli mercedes no..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post