Dihari Penentuan Buat Najib, Peguam Mohon Tangguh Lagi?

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak kini sedang memohon pengangguhan pendengaran untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadual didengar hari ini. Ini susulan salah seorang pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dijangkiti COVID-19.

Peguam utama pasukan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah melalui surat, yang didedahkan kepada media lewat malam tadi, bahawa salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19 manakala yang lain telah menjadi kontak rapat.

Ketua Amanah Bukit Bintang Ahmad Asri talib membangkitkan kekalahan PH dalam PRN Melaka yang menurutnya kerana "kegagalan parti yang mengetuai tampuk PH".

Mahkamah Rayuan sepatutnya mendengar permohonan yang difailkan oleh Najib pada 1 Dis lalu, di mana Ahli Parlimen Pekan itu meminta mahkamah rayuan membenarkan dan mengarahkan bukti viva voce (bukti lisan) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, antara lain, untuk diambil bagi tujuan rayuan Najib.

Mahkamah rayuan juga bersedia untuk menyampaikan keputusan rayuan Najib dalam kes SRC International pada Rabu (esok).

Dalam suratnya, Muhammad Shafee meminta mahkamah mengosongkan perbicaraan untuk kedua-dua prosiding hari ini dan esok kerana peguam, yang merupakan anaknya, Muhammad Farhan, telah disahkan positif COVID-19 pada 6 Dis.

Seorang lagi peguam di firmanya, Zahria Eleena Redza, turut memaklumkan, dua lagi anggota pasukan pembelaan Harvinderjit Singh dan Farhan Read, bahawa ibunya positif COVID-19 berdasarkan keputusan ujian pada 6.08 petang semalam.

“Pada 4 Dis, Muhammad Shafee bersama Muhammad Farhan dan isterinya telah menghadiri majlis dan bertemu dengan rakan-rakan terdekat serta saudara mara yang turut melibatkan keluarga Zahria Eleena termasuk ibunya, Datin Edwina Patricia Totu,” kata Muhammad Shafee.

Selepas pasukan itu dimaklumkan oleh Zahria Eleena tentang ibunya, semua peguam di firma itu telah membuat ujian saringan mereka sendiri, kata Muhammad Shafee.

Hasil ujian yang dijalankan ke atas Muhammad Farhan didapati positif dalam tiga kit ujian berbeza, manakala selebihnya negatif.

“Justeru, status MySejahtera kesemua mereka yang terlibat telah bertukar kepada kontak rapat kerana menunggu masa yang sesuai untuk menjalankan ujian PCR.

“Berdasarkan alasan di atas, kita mempunyai tanggungjawab sosial terhadap mahkamah dan pihak terlibat untuk memaklumkan perkara itu kepada semua orang.

“Kami tidak menjangka perkara ini berlaku tetapi menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan keselamatan mereka yang terlibat dalam rayuan ini,” tambahnya.

Seorang pegawai mahkamah berkata, perbicaraan pagi ini akan diteruskan secara hibrid di mana panel hakim dan pihak pendakwaan akan berada di mahkamah terbuka manakala pasukan pembelaan akan mengambil bahagian melalui Zoom ~ AstroAwani

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Bila dah ada penemuan bukti terbaru dan disokong dgn video bekas ag rasanya perlu dibicara semula.
    Kena bawa semua mereka dengan perkaitan skandal tersebut. Jangan berlaku pendakwaan terpilih. Satu dunia dah tahu.
    Bukti dan saksi vvip yang pernah dirasuah oleh syarikat pelaburan goldman sachs dalam fail DOJ amerika juga perlu diperolehi demi perbicaraan yg adil. Satu dunia ingin tahu kenapa fail tersebut sengaja disimpan. Kenapa doj tidak mahu mendedahkannya yang menjadi pertikaian pihak pakar perundangan di amerika sekarang.Cuma pendedahan pihak doj sebelum ini diketahui MO1 dan MO2 bukannya najib.
    Begitu juga kaitan jholow dgn keluarga zeti yg sebenarnya telah lama berhubung sejak TIA lagi. Di mana wang rm700juta tersebut? Kenapa zeti dan keluarganya begitu kebal? Siapa yang melindungi mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukti baru tu adalah utk kes 1mdb .. masih dlm proses perbicarann.. tak der kena mengena dgn kes src .. kes src najib dah bersalah .. tunggu rayuan jer ...

      Delete
    2. Asal usul wang juga melibatkan orang yang sama. Kenapa tidak dilibatkan?

      Delete
  2. Saya juga dimaklumkan bahawa seorang lagi saksi utama pendakwaan dalam kes SRC saya juga telah menerima lebih RM85 juta (S$27 juta) dana yang dikaitkan secara langsung dengan 1MDB dan sekali lagi saya dan pasukan peguam saya tidak dimaklumkan mengenai perkara ini meskipun individu terbabit memainkan peranan penting dalam kes SRC,” katanya
    Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/najib-buat-laporan-polis-ada-pihak-sembunyikan-bukti-kes-1mdb

    ReplyDelete
  3. Please share to all Malaysian MCA Members,
    Some MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
    They are trying to tell us to support Donald Lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
    Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
    Share and forward by Mr Low, Kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post