KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Lim Guan Eng pernah meminta rasuah 10 peratus hasil daripada keuntungan yang diperoleh oleh syarikatnya berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu yang dianggarkan menelan kos RM7 billion.
Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 62, berkata, menurut pemahaman beliau, nilai 10 peratus itu adalah rasuah yang perlu diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu selepas syarikatnya, Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) dianugerahkan projek berkenaan.
Walaupun terkejut dengan permintaan tersebut, saksi pendakwaan ke-23 itu bersetuju untuk memberikan keuntungan 10 peratus yang akan diperoleh oleh syarikatnya.
“Saya agak terkejut dan tidak menyangka perkara itu keluar daripada mulut Lim Guan Eng yang selama ini saya ingat seorang yang menentang rasuah, beliau tersenyum apabila saya bersetuju dengan permintaan itu,” ujarnya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri itu.
Zarul Ahmad berkata, perkara itu dinyatakan oleh Guan Eng dalam kenderaan ketika beliau menghantarnya pulang ke hotel di Mid Valley di sini selepas mengadakan pertemuan di sebuah restoran masakan Itali di Jalan Ampang pada awal bulan Mac 2011.
Ujarnya, ketika itu, Guan Eng mencadangkannya mengatur perjanjian persefahaman (MoU) antara BUCG dengan Kerajaan Pulau Pinang yang akan disaksikan oleh Perdana Menteri China yang mengadakan lawatan di negara ini.
“Guan Eng beritahu, jika saya dapat melaksanakan majlis MoU itu, projek tersebut akan diberikan kepada saya secara rundingan terus dan saya rasa sangat teruja,” ujarnya.
Menurut ahli perniagaan itu, beliau kemudian bertemu Guan Eng pada Mei 2011 iaitu dua bulan selepas itu untuk menuntut janji namun kecewa apabila tertuduh berpaling tadah (U-turn).
Ujarnya, Guan Eng menyatakan beliau terpaksa memanggil tender terbuka untuk projek itu, bukannya melalui rundingan terus seperti yang dijanjikan pada peringkat awal.
Menurut saksi, Guan Eng bagaimanapun berjanji untuk membantunya mendapatkan projek berkenaan dan mengarahkan pegawai-pegawainya memberikan kerjasama penuh dan meminta permohonan cadangan Request For Proposal (RFP) dipercepatkan.
Menurut saksi, beliau yakin akan dianugerahkan projek itu secara rundingan terus seperti yang dijanjikan kerana beliau diminta mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam penyediaan RFP.
Zarul Ahmad merupakan Pengarah CZBUCG yang ditubuhkan untuk bekerjasama dengan BUCG dari China untuk membida projek tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang.
Beliau bagaimanapun ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan direman bagi membantu siasatan berkaitan projek tersebut.
Ujarnya, beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam BUCG dan hanya bertindak sebagai broker yang membida projek-projek di negara ini sekitar 2010.
Dalam keterangannnya, Zarul Ahmad menyatakan, beliau diperkenalkan kepada Guan Eng oleh bekas menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sekitar Januari 2011.
Jelas beliau, dalam satu pertemuan di sebuah hotel di sini, Mohamed Nazri hadir bersama Guan Eng dan beliau telah menyampaikan hasrat untuk menawarkan khidmat BUCG melaksanakan projek infrastruktur di Pulau Pinang.
Menurut Zarul Ahmad, beliau memaklumkan pernah mengadakan usahasama dengan BUCG memasuki tender projek MRT Sungai Buloh-Ampang.
Ujarnya, beliau dan pihak BUCG kemudian mengadakan pertemuan dengan Guan Eng di KOMTAR sebulan kemudian untuk mendengar taklimat secara umum berhubung projek terowong dasar laut dan jalan utama di negeri itu.
Menurut saksi, ketika taklimat pertama itu, Guan Eng memberitahu beliau dan wakil BUCG bahawa projek itu akan dibiayai melalui penukaran hak milik tanah (land swap) iaitu kerajaan negeri membuat pembiayaan menggunakan tanah, bukan melalui bayaran.
Bagaimanapun, Zarul Ahmad menyatakan, Guan Eng tidak menjelaskan nilai penukaran hak milik tanah atau nilaian projek dan bagaimana cara projek itu diberikan.
Ujarnya, selepas pertemuan itu Guan Eng turut mengarahkan pelan dan maklumat yang lebih terperinci diberikan kepada pihak BUCG bagi membolehkan syarikat itu mengemukakan kertas cadangan.
Saksi berkata, beliau turut memaklumkan akan memastikan satu perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China berhubung projek berkenaan.
Mahkamah sedang mendengar perbicaraan terhadap Guan Eng atas pertuduhan pindaan menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang RM3.3 juta.
Suapan itu sebagai tindakan membantu syarikat CZBUCG milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek bernilai berbillion ringgit.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di antara bulan Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 23 Mac tahun depan.-
UTUSAN ONLINE
Kepada semua penganut Buddha ...
ReplyDeleteYIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha ……Yip Kum Fook & Associates No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Thanks
Ng, Kepong
Dalam 22bulan, 101 projek tanpa tender terbuka bernilai rm6.61billion diluluskan oleh mantan menteri kewangan ph iaitu nobita. Dulu bukan main kata dap sangat berintergriti....ptuuuih!!!!!!
ReplyDelete22bulan rm6.61billion.Kalaulah 60bulan boleh bayangkan projek runding terus tanpa tender terbuka dikerjakan oleh mereka?
Rakyat pula diberi rm30 untuk setahun dengan drama negara sudah bangkrap....
Cukup-cukuplah bertuankan parti yang seronok membawa pulang abu chin peng.
DENDA RM40,000 PALSUKAN TANDATANGAN [METROTV]
ReplyDeleteJurutera didenda RM40,000 palsu tandatangan berhubung pembinaan bangle
KUALA LUMPUR: Seorang jurutera sebuah syarikat perunding pembinaan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memalsukan tandatangan pada sebuah dokumen berhubung cadangan pembinaan sebuah banglo.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Toh Hwee Sheng, 46, dan memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Toh didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sebuah buku ‘Structure Design Calculation’ bertarikh 2 Ogos 2014 berhubung kiraan dan pelan struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas Lot PT 1, No 1, Jalan 5, Selayang Baru, Mukim Batu, Gombak, Selangor daripada Lieng Consult kepada Datuk Yip Kum Fook iaitu pemilik tanah yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 2 hingga 12 Ogos 2014, di No 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya Kepong di sini, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Aliff Shaharuzaman memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana amalan pemalsuan dan meniru tandatangan pemilik syarikat adalah kesalahan serius dan menjadi barah dalam masyarakat jika tidak ditangani.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia mempunyai tanggungan termasuk ibu yang berumur 76 tahun.
“Ini adalah kesalahan pertama dan saya tiada rekod jenayah. Saya amat kesal dan insaf atas kesalahan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, jadi saya mohon hukuman denda minimum tanpa hukuman penjara,” katanya.
Mengikut fakta kes, pada 2013, Yip Kum Fook iaitu bekas Ahli Majlis Perbandaran Selayang mengarahkan syarikat tertuduh bekerja iaitu Lieng Consult menyediakan Borang A, Kiraan Struktur dan Pelan Struktur bagi cadangan membina sebuah banglo dua setengah tingkat di atas lot tersebut, namun penyediaan dokumen itu tanpa pengetahuan Lieng Wei Ming selaku pemilik syarikat.
Lieng memaklumkan semua dokumen itu tidak dikeluarkan oleh syarikatnya dan mengesahkan tandatangan pada dokumen itu juga bukan miliknya.
Selain itu, tertuduh juga menerima wang RM10,000 daripada Yip atas pembayaran kerja yang dilakukan iaitu menyediakan semua dokumen itu dan hasil semakan Bahagian Forensik SPRM mengesahkan tandatangan pada dokumen ‘Structure Design Calculation’ adalah berbeza dengan spesimen tandatangan diambil daripada Lieng. -Bernama
Kerajaan Malaysia akan memeriksa Yip Kum Fook (peguam dan presiden Samnak Sambodhi atau persatuan Buddha, Taman Desa Jaya, kepong) kerana peguam ini menipu orang di mana-mana......Yip Kum Fook & Associates, Kuala Lumpur... No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!