Ini Alasan Kenapa PKR Kalah Semua Kerusi Di Sarawak

PETALING JAYA: PKR Sarawak memberi alasan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan undi pos membabitkan 250,000 rakyat negeri itu yang bekerja di Semenanjung, selain dakwaan politik wang antara faktor kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN), semalam.

PKR tewas di semua 28 kerusi ditandingi, berbanding menang di tiga kerusi pada PRN Sarawak 2016, manakala DAP sekadar menang di dua kerusi, dengan Amanah turut tewas di semua lapan kerusi ditandingi.

PKR dalam kenyataan berkata, majoriti daripada 250,000 rakyat Sarawak tidak dapat pulang mengundi susulan peningkatan ketara harga tiket penerbangan.

“Tidak ada harga siling dilaksanakan kerajaan bagi memudahkan rakyat Sarawak yang berada di Semenanjung untuk pulang mengundi.

“Selain itu, pandemik Covid-19 dan pelaksanaan pilihan raya pada Sabtu menyebabkan jumlah keluar mengundi adalah rendah,” katanya.

Dalam kenyataan itu PKR mendakwa, berlaku politik wang di beberapa kawasan tertentu.

“Kami sudah melaporkan insiden ini kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan SPR dengan kami sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada badan berkuasa berkenaan,” katanya.

Katanya, antara faktor menyumbang kekalahan parti itu susulan tindakan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menekan pengundi dengan sengaja melaksanakan pilihan raya sebelum Undi18, berkuatkuasa.

“Kesannya, sejumlah 150,000 pengundi muda terlepas peluang untuk mengundi pada pilihan raya kali ini,” katanya.

GPS meraih kemenangan besar selepas menguasai 76 daripada 82 kerusi ditandingi, manakala PSB menang empat kerusi, dengan dua dikuasai DAP ~ FMT

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Adoi...banyaknya alasan pkr bila kalah.
    Bhai...aku berada di swk sebelum dan selepas prn swk.
    Untuk makluman para pengundi swk bijak dan tidak mudah dipermainkan dgn isu bangang parti pembangkang asal semenanjung.Air liur anwar dah basi tak seperti dulu. Mereka dah lama bertekad siapa yang layak memimpin mereka.
    Jika dibuka undi 18 rasanya akan menyumbang kekalahan lebih besar pkr mahupun dap. Apatah lagi amanah.
    Rata-rata di kalangan mereka tidak ingin kena kencing kali ke2 macam pengundi pru14.
    Sepatutnya pkr kena cermin balik wajah sebenar mereka yang dah lusuh mekap di muka.Rakyat dah cukup bijak dan tidak sebodoh yang pemimpin politik sangkakan. Mereka pun dah tahu pemimpin ph juga rasuah dan tidak berintegriti. Penyamun pun ramai. Kleptokrat pun ramai. Ditambah dengan kencing hancing, akan dihukumlah oleh rakyat.

    Politik wang?
    Rasanya tuduhan melulu ini amat mendukacitakan. Bila pengundi dah bertekad, dihulur banyak mana pun mereka tidak akan peduli dengan siapa yg menghulurkan wang. Undi adalah rahsia. Bukankah pemimpin ph juga yang pernah berkata, kalau mereka kasi wang ambil tapi kertas undi pangkah xxx.Bukannya seperti pru14 yang lalu siap dengan sumpah dan berbaiah selepas ambik duit.

    Tambah lagi dengan adanya akta baru rasanya tiada mana-mana calon sanggup menggadai nasib diri dan parti dengan politik wang. Jika benar apa yang dikatakan boleh minta dibuktikan dan jangan sekadar tuduhan atau fitnah. Jika ia fitnah maka makin teruk maruah pkr dan anwar sendiri. Dah banyak sangat tuduhan dan fitnah tapi gagal dibuktikan telah merebahkan dan menjatuhkan reputasi anwar dan partinya. Begitu juga parti ph yang lain. Ingat ya!

    Perkara yang memburukkan kekalahan ph di sarawak adalah pemimpin mereka sendiri.Tiada kredibiliti dan masing-masing ingin menunjuk kekuasaan.
    Majoriti rakyat sarawak tanpa mengira kaum inginkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat. Kepimpinan gps lebih mantap dan prihatin. Itu kata rakyat sarawak.
    Selepas pru14 dah ada contoh dan sejarah. Rakyat tahu siapa yang berkuasa dan menguasai dalam ph.Perebutan kuasa membuat negara tidak stabil sambil janji yang dicanang hanya tinggal janji.

    Jadi pkr sarawak dan abang besar di semenanjung haruslah terima hakikat. Sekali sekala belajarlah buat post mortem.Dulu alasan pengundi bangla dan pengundi hantu tapi masih gagal dibuktikan. Sekarang alasannya undi pos dan undi 18 pula. Alahai..

    Cerminkan diri ya.
    Rakyat sebenarnya bosan dengan pemimpin yang banyak sangat alasan.
    Bersumpah laknatlah dahulu. Jangan bagi alasan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post