Jangan Terpengaruh Kempen 'Do Not Donate Here' - Rina Harun

KEMPEN seperti “Do Not Donate Here” yang mengajak orang ramai supaya tidak menderma kepada tabung bencana di bawah kerajaan, adalah tidak wajar dalam keadaan negara dilanda bencana sekarang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun.

Rina berkata keutamaan sekarang adalah mangsa bencana serta beliau memberi jaminan sumbangan yang diterima tabung bencana kerajaan akan disalurkan kepada kumpulan sasar.

“Apa yang kita laksanakan (tabung bencana), donation (sumbangan) yang kita dapat kita sumbang balik kepada rakyat,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan di Sepang hari ini.

“Dalam keadaan sekarang tidak perlu ada tanda pagar sebegitu. Tak kira sesiapa pun, sesiapa boleh membantu asalkan matlamat tercapai dan penerima bantuan dapat manfaat, itu yang penting,” kata Rina.

Dalam perkembangan lain, Rina yang dikecam kerana dirakamkan memakai kasut bertumit tinggi semasa membuat lawatan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Jalan Klang Lama, Ahad lepas, berkata penampilan beliau sepatutnya tidak perlu dijadikan isu.

Pada hari kejadian, katanya beliau sedang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Keempat Bersatu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur, dan bergegas keluar dari situ sejurus tamat ucapan Presiden Muhyiddin Yassin.

“Semasa dalam perhimpunan, saya terima banyak mesej mengenai kawasan-kawasan terlibat banjir dan saya kira perlu saya turun untuk lihat keadaan. Masa itu saya hanya sempat tukar baju kurung kepada seluar dan baju, saya tidak sempat tukar kasut dalam keadaan kelam-kabut.

Apa yang penting keberadaan saya di tempat tersebut untuk melihat kebajikan mereka terjaga dan apa lagi keperluan mereka yang boleh saya bantu,” katanya ~ The Malaysian Insight

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kepada semua penganut Buddha ...
    YIP KUM FOOK (LAWYER, MCA GOMBAK) menghalau Sami-sami Buddha keluar dari kuil atau SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur
    Dia menggunakan samseng untuk mengusir Sami-sami Buddha itu dan juga memanggil polis untuk mengganggu Sami-sami Buddha di kuil dan YIP KUM FOOK (LAWYER) tidak menghormati Buddha dan Sami-sami Buddha ……Yip Kum Fook & Associates No. 2A & B, Jalan 53, Desa Jaya, Kepong, 52100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
    Thanks
    Ng, Kepong

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post