
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tahap rasuah yang berlaku dalam pentadbiran negara telah memburuk sehingga terdapat individu diminta untuk memberi wang sebanyak RM100,000 hanya untuk membuat pertemuan dengan seseorang menteri.
Itu merupakan antara pendedahan yang dibuat oleh beliau menerusi buku biografi terbaharunya bertajuk ‘Capturing Hope’ yang menceritakan pengalamannya ketika menerajui semula negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
'Capturing Hope' menceritakan pengalaman Dr Mahathir dalam tempoh tiga tahun yang bermula ketika beliau kembali menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 sehingga peletakan jawatannya pada awal 2020 dan rentetan peristiwa yang berlaku selepas dari itu.
Meskipun tidak mendedahkan tempoh pentadbiran menteri yang terlibat melakukan perkara itu, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau berharap rakyat dapat mengetahui bentuk rasuah yang berlaku di sekeliling mereka menerusi buku tersebut.
“Saya berharap ia akan menjelaskan kepada orang ramai apa berkenaan situasi pentadbiran negara yang tidak kompeten dan juga korup. Rasuah telah menjadi sangat buruk
“Kita dapati ia turut melibatkan perkara yang sederhana seperti keperluan untuk seseorang individu membayar sebanyak RM100,000 bagi berjumpa dengan seorang menteri. Ini adalah antara perkara yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi meja bulat bersama media untuk buku terbaharunya itu yang diadakan secara maya pada Selasa.
Dr Mahathir berkata, disebabkan situasi rasuah yang memburuk itu, Malaysia telah ketinggalan berbanding dengan negara jiran lain untuk menarik pelaburan besar ke dalam negara.
“Jadi, Malaysia kini berada di bawah kerana pelabur bimbang dan mereka mereka lebih suka pergi ke negara ASEAN (lain),” ujarnya.
Dalam, pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau berkata, demokrasi negara juga tidak akan berfungsi sekiranya masyarakat tidak memerangi unsur rasuah yang menurutnya masih berlaku ketika proses pilihan raya umum (PRU) di dalam negara melalui aktiviti pembelian undi.
Sehubungan itu, beliau berkata, dalam isu menangani rasuah, PRU15 akan datang bakal menjadi pilihan raya terpenting dalam sejarah negara.
“Sekiranya PRU ini dimenangi oleh orang yang korup, kita akan jangkakan untuk mendapat kerajaan yang korup untuk PRU yang kemudian dan seterusnya. Ini kerana pilihan raya akan dilaksanakan dengan rasuah,” katanya ~
Sinar Harian
Kekayaan mendadak anak-anak tercinta tidak ada unsur rasuah kah?
ReplyDeleteKadang-kadang kita tersenyum sinis melihat manusia mengata diri sendiri.
Konon dialah suci.
Jangan dengki dengan orang kaya. Rakyat ikat perut.
DeleteAnak tarak kapal tapi dapat kontrak eksport gas ke jepun....
ReplyDeleteItu bukan rasuah di mata penyamun paling tua di dunia.
Bukan kali pertama dengar perkara ini.
ReplyDeleteKenapa tidak lapur pada polis, supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.
Lapor pon tarak guna. Macam Bmf forex...NFA.NO FURTHER ACTION.
DeleteZeti yang bersekongkol rm700juta dengan jholow pon NFA....
Maklumlah...banyak tengkuk dia pegang. Dah mampus nanti...teruk tengkuk kena pegang malaikat.
3 bulan lepas jadi pm7. Henti kontrak petronas. Ganti dengan petron.
DeleteBerdegar minta rakyat sokong produk tempatan...nasionalisme lah konon...HAKTUUUIIH!!!
Petron asal mana ek?!
Takyah berlagak baik lah tun.
ReplyDeleteOrang bodo jer percaya dengan legasi kaya yang tamak.
Projek ecrl dibatalkan.
ReplyDeleteKemudian penyamun tua sambung balik.
Dapat ke vincent tan...kroni akrab.
Saya tak tahu...kata penyamun tua.
Munafik!!!
Please share to all Malaysian MCA Members,
ReplyDeleteSome MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
They are trying to tell us to support Donald Lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
Share and forward by Mr Low, Kepong
Datuk YIP KUM FOOK or lawyer YIP KUM FOOK president of the Samnak Sambodhi Buddhist Temple, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur tried to destroy the Buddhist Temple for inviting various Buddhist schools or sects to the Samnak Sambodhi Buddhist Temple. Now also invite the Tibetan Buddhist monks to perform the ritual of removing the temple's bad things
ReplyDeleteHe thought, the temple was always made a problem but he never thought, he was always created to disturb the other committee members and the Buddhist monks in the temple because the last time or before he joined the temple, that this temple is very happy and harmonious, all the members are very confident to succeed in the future
In addition, he is so crazy, why! we can say that because he wants to destroy the Buddhist teachings of Buddhism, he needs to think a little, this Buddhist temple is supported by the public, not his own money. It is a very bad idea for man, he will in the future fall into hell (soon and coming soon for him to suffer)
we will see and hear in the future what happened to him and we are very sad, when we are in the Samnak Sambodhi Buddhsit Temple committee members, he always called the police disturbed the Buddhist monks too.
From Mr. Lee, Mr. Keong & Friends
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!