Seorang pemerhati politik Sarawak berkata DAP perlu melakukan “muhasabah diri” berikutan prestasi buruknya dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, mengingatkan sokongan pengundi tradisi masyarakat Cina terhadap parti itu semakin merosot.
Walaupun DAP berjaya mengekalkan kerusi Pending dan Padungan, ia kehilangan lima kerusi lain sekali gus menyebabkannya hanya memiliki dua wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memiliki 82 kerusi.
Bercakap kepada MalaysiaNow, James Chin dari Universiti Tasmania berkata pengundi Cina di Sarawak tidak berpuas hati dengan cara Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara sepanjang 22 bulan di Putrajaya.
“DAP mesti melakukan muhasabah diri untuk mengetahui punca prestasi buruknya,” katanya.
“Jika tidak, sukar untuk parti itu membetulkan kesilapannya.”
Sebahagian daripada masalah DAP semasa PRN Sarawak baru-baru ini ialah peratusan keluar mengundi yang rendah termasuk di Pending dan Padungan yang berjaya dipertahankannya.
Di Pending, peratusan keluar mengundi hanya 48.3% manakala di Padungan pula, hanya 42.7% mengundi di pusat pengundian.
Seorang penjual ikan di Padungan yang memperkenalkan dirinya sebagai Aunty Lim berkata, dia tidak mengundi kerana kecewa dengan prestasi PH sewaktu menguasai Putrajaya.
Dia juga turut memberi alasan sibuk mengusahakan perniagaannya yang menanggung kerugian disebabkan pandemik Covid-19, katanya.
“Tiada jaminan untuk dia menang, kerana itu dia perlu bekerja keras,” katanya mengulas berkenaan calon DAP di Padungan, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Chong memenangi kerusi itu dengan 4,686 undi, menewaskan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Wee Hong Seng dengan majoriti 1,198 undi.
Sementara itu, di Pending, Violet Yong menang dengan 5,188 undi, majoriti 540 undi mengatasi Milton Foo dari GPS.
Pada PRN sebelum ini, DAP memenangi kerusi majoriti Cina di Padungan, Pending, Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjong Batu dan Pujut dengan margin selesa.
Bagaimanapun, di Bukit Assek yang merupakan kubu kuat DAP di Sibu, calon GPS Joseph Chieng menang dengan 4,684 undi mengalahkan Irene Chang dari DAP yang hanya menerima 3,810 undi.
Peratusan keluar mengundi juga rendah di Bukit Assek dengan hanya 49.29% mengundi pada 18 Disember lalu.
DAP juga kehilangan Pujut dan Pelawan yang dimenanginya pada PRN 2016.
Dalam pada itu, di Padungan yang dimenanginya, ramai yang memberitahu MalaysiaNow mereka kecewa dengan pembangkang kerana mungkir janji.
Mereka berkata mereka tidak keluar mengundi sebagai satu bentuk protes terhadap “roket”, merujuk kepada logo DAP.
“Saya tidak nampak perubahan di sini selepas lima tahun,” kata salah seorang daripada mereka, Thian Ah Jan.
“Saya sangat kecewa. Jika anda lihat di Batu Kawah, ia jauh lebih maju di sana. Kami berada di tengah-tengah pusat bandar tetapi tidak ada begitu banyak kemajuan.”
Peratusan keluar mengundi yang lebih rendah juga dikaitkan dengan kebimbangan terhadap Covid-19 dan pengundi luar kawasan yang tidak pulang pada PRN kali ini.
Chin berkata sokongan pengundi terhadap PH merosot sejak sebelum PRN Melaka yang diadakan bulan lalu.
Beliau juga turut bercakap mengenai semangat kedaerahan yang kuat dalam kalangan pengundi yang menyebabkan timbul keengganan untuk mengundi parti-parti dari semenanjung.
Beliau berkata kemunculan kumpulan pembangkang tempatan seperti Parti Sarawak Bersatu dan Parti Bumi Kenyalang juga turut menyebabkan perpecahan undi pada PRN kali ini.
“Selain rasa tidak senang orang Cina terhadap DAP, sentimen anti-Malaya di Sarawak juga agak tinggi,” katanya sambil memetik slogan “Sarawak first”.
“DAP dan PKR tidak diterima secara meluas di Sarawak kerana nasionalisme Sarawak yang kuat.”
Kenapa DAP Turut Kalah Di PRN Sarawak?
byAnak Sungai Derhaka
-
2
DAP MCA MIC Jho Low Justo Datok Nikky kartel Judi Online semua tepok tangan ketawa terbahak guling guling lagi tengok Melayu bercakaran lagi.. Suma kaum di atas goyang kaki garu telo tak buat apa apa sumbangan masa pendemik mahu pun banjir... Melayu jugak kena main lagi...
ReplyDeletebodo nya tak abis abis..!!
Dalam semua hal semua maki hamun di lepaskan semahu mahunya.. DAP lansung tak ada bunyi.. MCA lansung tak ada bunyi MIC lansung tak ada bunyi.. semua jadi tikus mondok dan labi labi menyorok dalam kerabang masing masing.. yang mamak fitnah jijik lansung tak bersuara mungkin kenjang otot di IJN sebab kena cas bateri yang dah expired..semua kaum pendatang dan baruanya tak turun padang menghulurkan bantuan...!!
DAP MAC MIC Jho Low Justo teok tangan tengok haru biru kaum Melayu bercakaran lagi salah menyalah satu sama lain....
Bodooo bodooo... masa senang melayu kena bodoh masa susah pun melayu jugak kena bodohh...
Tatau lah bila Melayu nak padai...
mcm kepala punai semua nya..
Puiiii...!!
Sesama Melayu bercakaran dalam memgurus banjir... Kaum Jho Low tepok tangan melihat Melayu berantakan...
ReplyDeleteTak ada Seko pun pemimpin utama dari kaum Jho Low pun turun padang membantu mangsa banjir..
Untung nya jadi Jho Low.. lesap tak dapat dikesan sampai sekarang.. beratus ribu nama Jho Low di sebut di mahkamah kesan tapak kaki Jho Low hadir ke mahkamah lansung tak nampak...
Kenapa pemimpin Melayu suka kena bodoh bangang dengan bangsa Jho Low...
kepala punai betul lah..
#untunglahJhoLowdankaumnyasbbMelayubodo
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!