Najib Kata Skandal Forex Lebih Malukan Negara

KECEWA dengan kenyataan “memalukan negara” oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil berhubung kes SRC International Sdn Bhd, Najib Razak hari ini berkata skandal pertukaran asing (forex) yang dikaitkan dengan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad “jauh lebih memalukan negara.”

Dalam satu sidang media semalam, Najib berkata beliau sangat kecewa dengan kenyataan Abdul Karim, menambah beliau sentiasa mempromosikan kepentingan negara semasa menjadi perdana menteri yang menyaksikan aset negara berkembang daripada RM800 juta kepada RM2 trilion.

Beliau berkata demikian menjawab pembacaan penghakiman Abdul Karim pagi tadi yang berkata apa yang Najib lakukan berkait dengan pemindahan RM42 juta ke akaun peribadinya “bukanlah untuk kepentingan negara tetapi memalukan negara.”

“Saya mencipta banyak kekayaan untuk negara. Itu hanya satu contoh,” kata Najib.

“Jika bercakap tentang memalukan negara, ada insiden atau skandal lain. Contohnya skandal yang menyelubungi forex yang menyebabkan kerugian RM31 bilion.

“Jika anda letakkannya dalam konteks, bukankah itu jauh lebih memalukan negara. Saya cuma letaknya dalam perspektif yang betul.”

Beliau merujuk kepada skandal kerugian tukaran mata wang asing berbilion dolar Bank Negara Malaysia (BNM) yang berlaku antara 1987 dan 1992 ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai skandal itu telah dilancarkan pada 2017.

Dr Mahathir sebelum ini berkata beliau diberitahu kerugian itu berjumlah RM10 bilion. Beliau juga menafikan tahu mengenai urusan BNM, berkata beliau hanya tahu apa yang dilaporkan kepada Parlimen.

Tambah Najib kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak meneruskan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dimulakan di bawah pentadbirannya dan mengklasifikasikannya sebagai Tiada Tindakan Lanjut.

“Kerugian RM31 bilion diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut,” katanya.

Sementara itu, peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah berkata kenyataan itu tidak perlu.

“Dalam proses rayuan kami ke Mahkamah Persekutuan dan dengan menganggap Mahkamah Persekutuan melihat pandangan kami, kenyataan itu boleh ditolak kerana ia tidak perlu kepada penghakiman Mahkamah Rayuan,” katanya.

Peguam Najib telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bersama-sama dengan usul untuk penangguhan pelaksanaan hukuman ~ The Malaysian Insight

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hairan...atok tak mahu ambil tahu kehilangan rm31billion skandal bmf forex mahupun rm700juta yg masuk akaun keluarga zeti.
    Terlepas di dunia belum tentu akan terlepas di akhirat.
    Semoga legasi kaya dan tamak akan berkubur pru15 nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah RCI telah diadakan semasa dia dah tak berkuasa?
      Kenapa tak ambil tindakan?
      Cakap kedai kopi tak boleh guna.

      Delete
    2. Rci juga membuktikan najib tak rompak wang 1mdb.Wang memang asal dari kerabat diraja saudi. Tapi mahkamah mcm tak nampak dokumen.

      Mantan ag tommy tahu sprm sedang menyiasat wang rm700 zeti. Memang ada bukti terkini. Tapi no further action...hmmmm

      Forex....nfa
      No further action....hmmmmm


      Rule of law kepala hotak atokcow...
      Memalukan...

      Delete
  2. Jho Low tepuk tangan bergumbira dan Sepatutnya Tun juga bergumbira dengan hukuman yamg dijatuhkan tapi kenapa Tun masih cemas dan gelabah.?

    Sepatutnya Atok bergumira malam ini sambil yaaammm senggg..!! bersama tuan nya DAP@LeeKwanYew semasa PH berkuasa dolu sambil diraikan dengan acara seksuality merdeka lgbt COMANGO Marina Gereja bersama anak cucu dan tok wan mereka.

    Beratus ribu nama Jho Low disebut sepanjang perbicaraan, bayang dan bau Jho Low lepas makan sup babi lansung tak kelihatan di mahkamah.

    Sah sudah Jho Low tepuk tangan ketawa terbahak angkara seko Jho Low barua Melayu DAP@LeeKwanYew begitu mudah dibodoh bangangkan dan disuruh tuannya supaya bercakaran sesama Melayu.

    Itu lah fakta bila Melayu jadi barua DAP@LeeKwanYew semasa PH berkuasa. Kaum Jho Low tumpang tepuk tangan bila keputusan hukuman mahkamah diumumkan.

    Kami tak perlu terguling gulung di atas jalanraya cukup lah kami membalas fitnah jijik ini dengan fakta fakta untuk kami lawan.

    Generasi muda hauskan keadilan yg tuntas dng mind set anak muda skg mereka tidak mudah disogokkan dengan cerita fitnah jijik tak berkesudahan.. Anak anak muda tidak mudah dibeli dengan wang ringgit sogokan dan rasuah demi fitnah jijik..

    Dr Mahathir Mohamad seperti masih tidak senang dengan keputusan mahkamah dan menimpa Najib itu dengan menyindir Najib mungkin akan kembali menjadi perdana menteri sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri itu? Kenapa statement Tun jadi macam itu..!? Adakah nasib boboi masih tidak selamat..!?

    Biarpun Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak, atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd, namun bekas Perdana Menteri ke-6 berkenaan boleh menarik nafas lega kerana masih layak menjadi calon jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

    Ini berikutan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara, memutuskan untuk ‘menggantung’ sabitan semua kesalahan Ahli Parlimen Pekan terbabit, sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nanti

    "Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan di anugerah jawatan Perdana Menteri," kata Tun.. kenapa jawapan nampak masih cemas gelabah dan terdesak sepatutnya Tun dan boboi dah boleh bergumbira sakan..!!

    Apakah beliau mengira apabila Najib membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kini masih bebas lepas ke sana ke sini dan berada di luar penjara kerana dibenarkan jamin amat mengerunkan kartel Kerala Tun Mahathir , ia memberi gambaran Najib akan lepas?

    Sekiranya Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua, Mahathir tidak pun perlu berasa aneh kerana ia telah melakukannya sebagai dulu..

    Pelik hukuman pada Bossku sudah dijatuhkan tapi tak puas hati dng hukuman itu. Seperti masih ada dendam yang tidak puas untuk dibalas. Masih tak puas dengan apa yang menimpa musuhnya Tun masih menyalak ketakutan seperti hantu jembalang masih menghantui nya.

    Bergumbira lah Tun selagi hayat ada untuk fitnah jijik konon nasib boboi terjamin..!! Cukuplah dengan lingkupkan boboi maka melingkuplah PejWang dan legasi kau..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rule of jungle law...
      Atokcow punye law...

      Siapa kacau periuk nasi anak, proksi dan kroni dia...gerenti kena balun

      Kaya di dunia...miskin terseksa di akhirat

      Delete
  3. Bila keluarga zeti dilepaskan dan sengaja tidak disiasat. Atok pula buat tak tahu. Memang memalukanlah rule of law negara.
    Tak layaklah atok nak sembang rule of law kalau skandal forex pon NFA.
    Memalukan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post