KUALA LUMPUR: Beberapa NGO dan individu mewakili pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini tampil meminta bantuan Najib Razak membawa suara mereka dengan merayu kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya membenarkan pengeluaran dana simpanan sebanyak RM10,000 tanpa syarat.
Wakil pencarum, Azmi Mohd Tahir berkata, rayuan itu dibuat kerana ramai pencarum terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak 2020.Hadir sama ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut membuat tuntutan sama.
Presiden PPIM, Nadzim Johan berkata, tuntutan itu dibuat kerana masih ramai pencarum yang belum mendapat pekerjaan dan gaji yang stabil.
“Malah ada juga pencarum sudah mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji sebelum pandemik Covid-19 sedangkan komitmen sedia ada adalah berdasarkan pendapatan terdahulu.
“Ada juga pencarum yang mahu mengeluarkan simpanan KWSP kerana mahu melunaskan tunggakan hutang, pinjaman dan lain-lain,” katanya.
Katanya, pencarum juga berdepan kesan berganda akibat banjir di beberapa negeri pada hujung tahun lalu.
Sebelum ini, kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP menerusi i-Sinar pada Mac lalu, dengan had pengeluaran antara RM10,000 hingga RM60,000 bagi mengurangkan impak pandemik.
Kerajaan kemudian mengumumkan pengeluaran khas kedua menerusi i-Citra bermula Ogos lalu, dengan had pengeluaran RM5,000 lapor FMT
Masihkah ingat sumpah mubahalah yang Bossku lafazkan? Sudah-sudah lah menganiaya DS Najib.
ReplyDeleteMungkin kerajaan Malaysia lupa bahawa rakyat sangat ingin tahu apakah bukti “exculpatory” yang boleh membersihkan nama Datuk Seri Najib di mahkamah itu.
Tiada sesiapa daripada PH atau kem Mahathir yang tampil menggesa tindakan atau menuntut untuk mengetahui identiti pegawai kerajaan dan 1MDB yang diakui disogok oleh Goldman.
Mereka turut membisu berhubung pendedahan sekurang -kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diperolehi semula daripada Singapura di tangan sebuah syarikat milik keluarga bekas keturunan pencuri dan penyamun Gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz.
Masihkah ingat sumpah mubahalah yang DS najib lafazkan? Sudah-sudah lah menganiaya DS Najib.
Semua rakyat Malaysia sudah tahu maka asakan beliau terhadap Ketua Pengarah SPRM dapat diduga berdasarkan dendam terhadap Azam Baki.
Apabila Lim Kit Siang mengasak secara bertali arus begitu, ramai pihak mempertikaikan mengapa beliau bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Pihak lain tidak pernah membangkitkan persoalan berhubung penyelesaian sebanyak RM16.6 bilion antara Goldman Sachs Group Inc (Goldman) dengan kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB.
Goldman bersetuju dengan penyelesaian itu selepas mengakui pegawainya menyogok beberapa pegawai kerajaan Malaysia dan 1MDB yang tidak dinamakan.
Pasukan pembelaan Goldman di Amerika Syarikat sebelum ini berkata, mereka mempunyai bukti “exculpatory” yang boleh membersihkan nama Datuk Seri Najib di mahkamah.
Selagi beliau terus dianiaya selagi itu makin banyak musibah menimpa rakyat. Masihkah ingat sumpah mubahalah yang DS najib lafazkan?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!