
PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) yakin menang besar sekali gus mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Pulau Pinang daripada DAP pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketua PBM Pulau Pinang, Alan Oh berkata, tanggapan negeri itu adalah kubu kuat DAP dan sukar dimenangi adalah “ketinggalan zaman”.
Beliau berkata, walaupun itu mungkin berlaku dalam tiga PRU lalu namun kali ini sentimen pengundi telah berubah dengan ketara.
Oh berkata, rakyat Pulau Pinang bersedia untuk perubahan kerana mereka kecewa dengan status quo.
Beliau berkata, PBM mempunyai pelbagai pemimpin akar umbi yang bekerja keras untuk semua kaum dan peringkat umur termasuk bekas ahli PKR dan Gerakan.
Oh berkata, mereka adalah rakyat Pulau Pinang dan tahu apa penduduk tempatan mahukan dan akan membuat sesuatu atas kepentingan setempat.
Tambahnya, terdapat seramai 8,000 ahli parti ini di Pulau Pinang dan kebanyakannya adalah rakyat biasa tanpa sebarang jaringan politik.
“Saya tidak mengatakan mengambil alih Pulau Pinang mudah. Tetapi dengan pakatan strategik yang kami rancang dengan parti lain, kami yakin boleh menang besar,” katanya.
“Seperti Malaysia, kami mahu memberikan Pulau Pinang kelainan menjelang 2030. Rakyat Pulau Pinang seperti rakyat Malaysia yang lain sudah bosan dengan parti yang didominasi kumpulan kaum tertentu,” katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan pasukan PBM Pulau Pinang di sini, hari ini.
Oh berkata, pengundi Pulau Pinang kini mempunyai pilihan ketiga yang boleh dipercayai sebagai alternatif kepada parti politik sedia ada.
Terdahulu, Oh memperkenalkan barisan PBM Pulau Pinang dan enam bidang tumpuan utama parti itu, iaitu kuasa pelbagai kaum, kuasa wanita, kuasa belia, ekonomi, pendidikan dan teknologi.
Antara personaliti terkenal dalam PBM Pulau Pinang ialah bekas Ketua PKR Jelutong, David KP Ong yang pernah bersama parti itu sejak 12 tahun lalu dan bekas Ketua PKR Tanjong, Chua Kheng Ee.
Oh sebelum ini adalah Ketua PKR Bagan dan bersama komponen Pakatan Harapan (PH) selama 15 tahun. Juruhias dalaman dan arkitek itu juga pernah berkhidmat sebagai penyelaras masyarakat Cina kepada Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ~
FMT
Mmg PBM boleh rampas p pinang..... melalui pintu belakang!! Parti Belakang Main
ReplyDeleteUMNO pon bungkuih.ni pulak PBM.hahahaha
DeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!