Politik Johor Kembali Panas?

JOHOR BAHRU: Kesejukan cuaca di bumi Johor sejak Jumaat minggu lalu ekoran musim tengkujuh yang membawa bersama bencana banjir seakan-akan tidak mampu mengeTepikan ‘kehangatan’ suhu politik negeri ini yang turut sama menarik perhatian ramai.

Malah, kenyataan terbuka Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad sebelum ini bahawa kedudukan kerajaan negeri dalam keadaan genting dengan hanya berkelebihan satu kerusi sahaja sudah ditafsir pelbagai pihak sebagai tanda-tanda awal politik Johor memasuki episod baharu.

Beliau juga tidak menolak kebarangkalian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) mengambil tempat di negeri itu setelah Sabah, Melaka dan Sarawak selesai memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan Mei 2018.

Namun, pada masa sama Hasni menjelaskan kedudukan getir itu tidak memadai untuk PRN diadakan memandangkan situasi politik di Johor berbeza berbanding di negeri lain walaupun kerajaan negeri bertambah tidak stabil selepas pemergian Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Bagaimanapun, desas-desus, spekulasi atau cakap-cakap politik mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan tidak lama lagi mula kedengaran dengan pelbagai pihak memberi respon sedang bersiap sedia.

Mengulas kemungkinan diadakan PRN di Johor, penganalisis dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ku Hasnan Ku Halim berkata, beliau melihat dua perspektif berbeza yang harus diberi perhatian semua pihak berhubung spekulasi berkenaan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum itu berkata, kerajaan sebenarnya harus melihat sentimen rakyat ketika ini yang masih berdepan wabak Covid-19 di samping bencana banjir yang turut melanda Johor.

“Meskipun belum diketahui sejauh mana kebenaran PRN akan diadakan di Johor pula selepas ini, kita tahu perkara itu tidak mustahil akan diadakan seperti mana yang telah berlaku di Melaka tempoh hari walaupun situasi di kedua-dua negeri ini adalah berbeza.

“Di Johor tidak ada isu beralih sokongan atau sering diungkap sebagai pengkhianatan sejak akhir-akhir ini setakat ini, tetapi kedudukan kerajaan negeri memang diakui agak goyah kerana hanya berkelebihan satu kerusi sahaja.

“Namun melihat kepada kelancaran pengurusan negeri setakat ini dan politik cara Johor, rasanya tiada keperluan untuk PRN diadakan dalam masa terdekat kerana rakyat masih terkapai-kapai dengan isu Covid-19, suntikan vaksin penggalak serta keluhan mengenai wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai juga tidak wajar dirumitkan lagi keadaan mereka terutama yang terjejas banjir kerana akan mengambil masa untuk kembali menjalani kehidupan harian berbanding perlu berdepan dengan pemilihan wakil rakyat di peringkat negeri.

Tetapi sekiranya melihat perspektif daripada sudut kestabilan politik, Ku Hasnan berpendapat, PRN Johor perlu diadakan untuk mendapat semula mandat rakyat secara solid apatah lagi terdapat pergeseran antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini.

Katanya, jurang jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimiliki kerajaan dan pembangkang yang semakin mengecil dengan 28-27 kerusi bila-bila masa sahaja boleh menyebabkan ia tumbang jika ‘diusik’.

“Ia mungkin akan mewujudkan politik ugut mengugut antara satu sama lain yang tidak sihat kepada negeri kerana akan merencatkan proses ekonomi dan pembangunan yang memang sudah terjejas sejak pandemik Covid-19 muncul.

“Maka, UMNO mungkin melihat kemenangan mereka di Melaka dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akrab dengan Barisan Nasional (BN) di negeri itu sebagai faktor masa yang sesuai untuk melaksanakan PRN di Johor pula.

“Malah, Johor adalah negeri kelahiran UMNO dan jika kemenangan berpihak kepada parti itu (dalam PRN) ia berkemungkinan dirasakan sesetengah pihak sebagai refleksi atau cerminan kepada keputusan PRU-15 di peringkat Parlimen pula,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 

2 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Azam Baki la Azam Bakul la... Zety kes AMLA ko buat bangang bisu..AMIN

    Hang pi serbu pusat judi jack pot dan hamg pi rampas mesin dan angkut mesin Jack Pot tu kat Jln Mayang dpn Aussie Ambessy, Jln Klang Lama Kat Jln Tun Razak sblah Balai Bomba dan USA Ambassy dan jln Kia Peng KLCC tu... AMIN

    Klu kau rampas mesin jack pot tu aku sujud hormat kat hang naaa...!!AMIN

    95% orang Melayu kat pusat judi kat atas tu semua Melayu yg melingkup main judi jack pot...AMIN

    Klu stakat rampas mesin kuda kat pusat snooker dan karaoke jamban itu klas kambing saja haahh...!!AMIN

    Baru bapak kepala bapak kroni VVIP tokey judi kepanasan..AMIN

    Klu laman sugar daddy bole sekat apa masalah judi online tak bole sekat..!?

    ADA BRANI..!!

    KHALAS..

    Malaysia Darul Judi

    kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. "National Embarrassment" bila Tun Mahathir dengan selamba sambil gentel dan garu telo beri kan Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew..

    Mahathir Serah Pulau Negara Senang2 kepada anak Lee Kwan Yew Singapura ada lah “National Embarrassment”... AMIN..puii..!!

    Pusat fitnah Malaysia terbesar adalah Singapura@Pusat Media Fitnah Asia Tenggara. Pemimpin pembangkang Melayu seringkali gunakan media Singapura untuk memburukkan dan rujukan mereka untuk fitnah adu domba politik mereka.

    Lupakan Singapura dan pedulikan saja Singapura itu..!! Lupakan Singapura eratkan hubungan dengan Indonesia. AMIN

    Mana mana Pemimpin yang mesra dengan Singapura adalah wajib dicurigai dan diawasi permainan dan game pemimpin itu.

    Awas pemimpin itu mungkin musuh dalam selimut. Orang rapat yang mengelilingi pemimpin itu mungkin musuh dan barua barua atau talibarut talam dua muka yang digunakan untuk kepentingan dan survival Singapura.

    Melalui proksi dan barua Singpura di Malaysia dalam parti DAP dan taikun yang dibela oleh pemimpin itu untuk keuntungan dan batu api adu domba Singapura mengucar kacirkan pemimpin Melayu berantakan sesama sendiri....!!

    Masa Malaysia - Indonesia eratkan hubungan ekonomi budaya sesama serumpun dan tinggalkan lupakan Singapura yang tidak membantu..

    Indonesia sudah pindahkan ibu negara nya ( satu strategi yg cukup baik dengan kebangkitan Negara China) di Kalimantan sempadan Sawarak Sabah dekat dengan China Laut China Selatan adalah kelebihan buat kedua negara.

    Petronas sudah memulajan carigali Migas di Indonesia. Pengeboran terbesar Petronas Carigali di Madura membuka mata pihak Indonesia. CSR Petronas membuka mata rakyat Indonesia pada penduduk setempat menguntungkan mereka.

    Exxon Mobil, Shell Chevron sudah bertapak lama di Indonesia tapi Petronas baru menapak di Indonesia dan CSR Petronas disanjung tinggi penduduk setempat.

    Apalah sangat Singapura seluas Pulau Lombok dan Pulau Langkawi jika hubungan ekonomi, kebudayaan sesama serumpun dieratkan lagi.

    Jika kedua dua negara bergerak seiring dengan sumber alam dan tenaga kerja yang banyak Singapura is nothing..!!

    Lupakan Singapura jahanamkan Singapura awasi permainan jahat barua dan talibarut Singapura di kedua dua buah negara ini.

    Jika hubungan Malaysia - Indonesia dipereratkan lagi sesama serumpun maka kecelakaan besar pada Singapura dan kuncu kuncu mereka di sini.

    If you friend with Singapore then you don't need enemy.. Lupakan Singapura tinggalkan Singapura.

    Fuck Singapore

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post