Zahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Tuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 69, untuk membela diri atas 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ahmad Zahid diberi tiga pilihan iaitu pertama, beliau boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan.

Sementara pilihan terakhir, Ahmad Zahid memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Ahmad Zahid memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh manakala pasukan pembelaan diketuai Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 28 hingga 31 Mac, 11 hingga 13 April, 26 hingga 28 April, 23 hingga 26 Mei, dan 27 hingga 30 Jun untuk prosiding membela diri ~ AstroAwani

1 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Cerita Panas !! Ada Lagi Sorang Bakal Kena Tangkap ...Jom Terjah !! >>> KLIK SINI !! <<<

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post